FASA 1: Perlunya Tindakan Segera ke arah Perubahan
KRISIS POLITIK
Terdapat kekecewaan besar terhadap sistem politik demokrasi di kebanyakan negara kerana sistem ini telah terbukti berkali-kali lebih melayani kepentingan golongan elit yang kaya-raya,berkuasa,dan ego daripada melayani kepentingan rakyat biasa. Ini tercermin dalam jurang yang semakin melebar antara golongan miskin dan kaya. Rasuah dan kronisme semakin berleluasa. Mereka yang berkuasa menggunakan jawatannya untuk menjadikan dirinya,anggota keluarga atau rakan-rakannya semakin kaya,bukannya untuk meningkatkan taraf kualiti hidup dan perkhidmatan awam kepada rakyat mereka. Perkara ini pastinya akan berlaku pada sistem buatan manusia di mana-mana pun kerana sikap berat sebelah dan kepentingan peribadi manusia sudah tentu akan mempengaruhi undang-undang yang digubal.
Secara global, golongan milenial yang merasa tidak puas hati terhadap demokrasi berada pada tahap tertinggi. Ketidakpuasan hati mereka malah melebihi generasi sebelumnya tatkala di peringkat usia yang sama. Sebagaimana dilaporkan oleh Center for the Future of Democracy di University of Cambridge bahawa di usia pertengahan tiga puluhan, 55% generasi milenial di seluruh dunia mengatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan demokrasi.
#KhilafahBringsRealChange
#بالخلافة_يحصل_التغيير_الحقيقي
#KhilafahMembawaPerubahanHakiki