Kelayakan Pengemban Dakwah yang Ideal
Derasnya arus budaya popular yang bertemu dengan arus dakwah Islam di kalangan anak muda, tentu tidak selalu negatif, kerana pertemuan dua arus ini mewakili pergolakan pemikiran (shira’ul fikr) antara budaya. Oleh kerana itu untuk menghadapi fenomena ini, tentu kita semakin memerlukan para pengemban dakwah yang matang secara ideologi dan lebih peka pada pergolakan nilai dan identiti yang terjadi. Agar bukan Islam yang sebaliknya terwarnai dan terbawa arus, namun ideologi Islam lah yang mesti mewarnai dan membawa perubahan besar.
Kelayakan (qualification) para daie yang mampu menavigasi dakwah Islam dalam budaya popular adalah mereka yang memiliki sensori kuat terkait perbezaan kontra nilai-nilai sekular versus nilai Islam, tanpa kekurangan kreativiti dalam menggunakan tools dan cara-cara kreatif dalam gaya popular.
#PopCulture
Tambahan pula, aktivis dakwah perlu selalu ingat bahawa standard kejayaan bukan dari sosok ikon daie yang popular atau dari penerimaan dakwah yang besar-besaran, tetapi semuanya berbalik pada standard syariah dan tujuan dakwah itu sendiri yang jelas membezakan mana yang haq dan batil. Aktivis dakwah juga hendaklah menghayati jalan perubahan hakiki dengan metod yang digariskan Islam, bukan semata-mata penerimaan dakwah secara popular.
Aktivis dakwah perlu menghayati jalan perubahan hakiki dengan metod yang digariskan Islam, juga perlu menghindari kesamaran dan ketidakjelasan (ambiguity), serta menjauh dari sikap kelabu* dalam berdakwah, sebagaimana pesan Rasulullah Saw:
“‘Sungguh yang halal itu jelas, yang haram pun jelas. Dan diantara keduanya ada perkara yang syubhat yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Maka barangsiapa yang menghindari syubhat, maka bererti dia telah membebaskan agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara syubhat, maka dia jatuh dalam perkara yang diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
✍🏼 Dr. Fika Komara dalam artikelnya Identiti Kelabu dalam Dakwah Popular: Pengabur Jalan Kebangkitan Islam https://hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/2017-01-28-14-59-33/articles/khilafah/24190.html
*Kelabu merujuk pada gray identity : situasi/identiti yang tidak jelas