[NAFSIYAH] Doa para Ulama Sebelum Memasuki Ramadhan
Mua’lla bin Al-Fadhl berkata, “Dahulu, selama enam bulan sebelum datang Ramadhan, mereka berdoa agar Allah Taala mempertemukan mereka dengan bulan Ramadhan. Kemudian, selama enam bulan selepas Ramadhan, mereka berdoa agar Allah menerima amal mereka selama bulan Ramadhan.” (lihat: Lathaif Al-Ma’arif, hlm. 264)
Memohon agar dipertemukan dengan bulan Ramadhan telah dicontohkan oleh Rasulullah ﷺ. Diceritakan bahawa Nabi Muhammad ﷺ, apabila melihat hilal pada bulan Ramadhan dan pada bulan-bulan lain beliau membaca doa,
اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ
“Ya Allah, perjalankanlah bulan ini kepada kami dengan penuh kebajikan dan iman, serta keselamatan dan Islam. Rabb-ku dan Rabb-mu (bulan) adalah Allah.” (HR. Tirmidzi).
Untaian doa yang serupa juga banyak dicontohkan oleh salaf soleh. Salah satu di antara doa tersebut adalah riwayat yang bersumber dari Yahya bin Abi Katsir.
Dalam kitab Lathaif al-Ma’arif, Ibnu Rajab menyebutkan bahawa sebelum memasuki bulan Ramadhan, Yahya bin Katsir sentiasa memohon kepada Allah Taala dengan doa berikut,
اللّهُمَّ سَلِّمْنِي إِلىَ رَمَضَانَ وَسَلِّمْ لِي رَمَضَانَ وَتَسَلَّمْهُ مِنِي مُقَبَّلاً
“Ya Allah, sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan, sampaikanlah bulan Ramadhan kepada kami, dan terimalah amalan-amalan kami.” (Lihat: Lathaif Al-Ma’arif, Hal: 158)
Selain itu, doa lain yang cukup masyhur juga terdapat dalam Musnad Imam Ahmad. Diriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ apabila memasuki bulan Rejab beliau berdoa,
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب، وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”(HR. Ahmad).
Sumber:
#Nafsiyah #Ramadhan
#Doa #Ulama