[AMALAN SUNNAH RAMADHAN] BERSAHUR
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
Rasulullah bersabda, “Bersahurlah kalian, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkahan.” (HR al-Bukhari).
Makan sahur dilakukan pada malam/pagi hari. Memang, sebaiknya seorang Muslim melambatkan sahur. Namun, ia juga boleh memilih waktu yang tepat atau bukan waktu yang diragukan sudah terbit fajar (waktu subuh) atau belum. Nabi Muhammad menganjurkan umat beliau untuk bersahur kerana terdapat keberkahan di dalamnya.
Hikmah disunatkan bersahur adalah untuk menguatkan diri melakukan ibadah puasa.
Al-Hakin dalam al-Mustadrak (1\425) meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda:
وَاسْتَعِينُوا بِطَعَامِ السَّحَرِ عَلَى صِيَامِي النَّهَارِ
“Dapatkanlah bantuan dengan makanan sahur untuk menguatkan puasa pada siang hari.”
Catatan:
Bersahurlah kalian walau hanya dengan seteguk air dan tamar agar kalian mendapat keberkahan dalam bersahur.
Sumber: Kitab Feqah Mazhab Syafie (JIlid 2)
#RaihKemuliaanRamadhan
#RamadhanKareem