MENYIAPKAN DIRI MENYAMBUT BULAN SUCI RAMADHAN
Oleh: Al-Faqir Arief B. Iskandar
Jika memasuki Bulan Sya’ban,
AMR BIN QAIS rahimahullah akan segera menutup kedainya (menghentikan aktiviti perniagaannya). Lalu dia menyibukkan dirinya dengan banyak membaca al-Quran. Dia berkata:
*طوبى لمن أصلح نفسه قبل رمضان* (الحافظ إبن رجب الحنبلي، لطائـف المعـارف، ص١٣٨)
“Beruntunglah orang yang berusaha menata (menyucikan) jiwanya sebelum Ramadhan datang.” (Ibnu Rajab al-Hanbali, Lathaa’if al-Ma’aarif, hlm. 138).
Begitulah generasi salafush-shalih. Bagi mereka, perusahaan duniawi–sekalipun mendatangkan keuntungan besar–tidak lebih penting daripada menyucikan jiwanya demi menyambut datangnya bulan Ramadhan yang penuh berkah. Oleh sebab itu dari awal lagi mereka sudah memfokuskan diri untuk memperbanyak ibadah dan taqarrub kepada Allah SWT. Di antaranya dengan memperbanyak membaca al-Quran sepanjang Bulan Sya’ban.
Bagi mereka, “perniagaan” pada bulan Ramadhan pasti lebih jauh menguntungkan berbanding perniagaan duniawi. Sebab, pada bulan inilah kesempatan untuk meraih keuntungan yang sebesar-besarnya dengan berusaha meraih sebesar-besarnya pahala melalui pelbagai amal soleh (shaum, solat tarawih, tilawah al-Quran, mendalami ilmu agama, banyak bersedekah, menggiatkan dakwah, dll) sepanjang Ramadhan, yang datang cuma setahun sekali.
#persediaanmenyambutramadhan
#Ramadhantiba
#RaihKemuliaanRamadhan
#RamadhanKareem