[POLITIK RAMADHAN] Mengembalikan Islam sebagai “Super Power”
Kemenangan demi kemenangan yang berjaya diraih Rasulullah saw. dan para sahabatnya, serta para khalifah sesudahnya, adalah kerana mereka menerapkan Islam secara kaffah dalam kehidupan mereka. Mereka inilah pula yang menjadikan generasi Islam terdahulu mampu membangun kekuatan “super power”, Negara Khilafah, yang disegani kawan dan ditakuti lawan. Khilafah inilah yang mampu mewujudkan kemakmuran dan kesejahteraan hidup rakyatnya, baik Muslim mahupun non-Muslim; mampu melahirkan para pejuang Islam yang tangguh dalam mengemban misi pembebasan di berbagai negeri; mampu menumbuh-suburkan perkembangan sains dan teknologi untuk kemaslahatan umat manusia; mampu menjadikan negeri Islam sebagai kiblat perkembangan sains dan teknologi tatkala bangsa Eropah masih tenggelam dalam kebodohan dan ketinggalan. Itulah kemenangan umat Islam dan kebaikan untuk dunia. Semoga kita boleh segera merayakan kemenangan kolektif umat dalam percaturan politik dunia.
– Ustaz Yuana Ryan Tresna