[AMALAN SUNNAH RAMADHAN]
MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA
Ini dilakukan sejurus setelah diyakini tenggelamnya matahari. Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (1856) dan Muslim (1098) daripada Sahal bin Sa’ad RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الفِطْرَ
“Manusia akan terus berada dalam kebaikan selagimana mereka terus menyegerakan berbuka puasa”. (HR Bukhari dan Muslim)
Sumber: Kitab Feqah Mazhab Syafie (Jilid 2)
#AmalanSunnahRamadhan
#SunnahRamadhan
#Ramadhan1444h
#RamadhanKareem