[Tinta Ramadhan 9] Penyerahan Kota Thaif
Kota Thaif pernah mencatat sejarah apabila penduduknya mengusir Nabi Muhammad saw ketika baginda berdakwah di sana. Setelah Mekah dibebaskan, kaum Bani Thaqif tetap bersikap keras dan tidak mahu tunduk kepada Rasulullah saw. Baginda berserta tentera Islam pun mara ke Thaif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lamanya. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 H. Mereka menyerahkan kota dan membenarkan orang Islam untuk memusnahkan kuil mereka, termasuklah berhala al-Latta.