[Nafsiyah] Pengembara Ilmu
Imam Al-Bukhari yang dilahirkan di Bukhara (kini Uzbekistan). Beliau mengembara ke Khurasan, kemudian ke Baghdad kemudian Basra (Iraq), kemudian Damsyik, al-Quds, kemudian Fusthat (Kaherah Tua), kemudian Madinah, kemudian kembali ke Bukhara dan kematiannya di Samarkand. Maksudnya, dia mengunjungi tujuh kota dari pelbagai negara ketika ini demi menuntut ilmu, walaupun ketika itu pengangkutan tidak semudah hari ini.
Begitu juga Imam Muslim, beliau mengembara demi menuntut ilmu dari Khurasan ke Basra, Madinah, Makkah, Tabuk, Fusthat, Damsyik, Iraq, Thibristan, kemudian kembali ke Khurasan.
Betul, zaman sekarang untuk menimba ilmu dengan hanya duduk di rumah anda boleh mengakses ilmu dari seluruh dunia. Namun ada satu perkara yang tidak boleh diperoleh jika hanya tinggal di rumah iaitu susah payah dan pelbagai kepayahan apabila berjauhan dengan ibu bapa. Itulah sebabnya Imam al-Syafie (204 H) pernah menulis,
سافر تجد عوضاً عمَّن تفارقهُ *** وَانْصِبْ فَإنَّ لَذِيذَ الْعَيْشِ فِي النَّصَبِ
“Berpergianlah, akan kau temukan pengganti yang telah engkau tinggalkan. Berusahalah, sungguh kenikmatan hidup itu ada pada kerasnya usaha.”
إني رأيتُ وقوفَ الماء يفسدهُ ***إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ
Sungguh aku melihat berhentinya air (tidak mengalir) akan merusaknya (menjadi kotor). Jika ia mengalir maka akan bersih, jika tidak mengalir tidak akan bersih.”
والأسدُ لولا فراقُ الأرض ما افترست *** والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب
“Singa jika tidak meninggalkan negerinya (mengembara) tidak akan dapat menangkap (mangsa) dan anak panah jika tidak meninggalkan busurnya tidak akan dapat mengenai (sasaran).“
Al-Hafidz Ibn Hajar meriwayatkan bahawa Imam Ahmad bin Hanbal pernah ditanya,
رجل يطلب العلم يلزم رجلا عنده علم كثير أو يرحل؟
“Manakah yang lebih utama antara orang yang mulazamah kepada orang yang banyak ilmunya, atau rihlah (bermusafir untuk menuntut ilmu)?”
Maka beliau menjawab,
يرحل، يكتب عن علماء الأمصار، فيشام الناس ويتعلم منهم
“(Lebih afdal) rihlah, dia menulis (menuntut ilmu) dari banyak ulama dari pelbagai negeri, kemudian dia bergaul, mengenal, meneliti, dan mengungkapkan banyak perkara yang berkaitan dengan manusia dan belajar daripada mereka.”
Betul, lazimnya ibu bapa menyayangi anak-anak tidak mahu berpisah dengan anak-anak, tetapi sepatutnya tahap kasih sayang dan kemahuan bersama haruslah ‘upgrade’ levelnya. Sayang, jika anak-anak tidak mendapat pengalaman yang lebih mendalam dalam menuntut ilmu dan keinginan untuk bersama kelak di dunia dan akhirat dalam naungan kasih sayang Allah Taala. Wallahualam.
Rujukan : https://muslimahnews.net/2023/01/23/16961/