[Nafsiyah] Jangan Mencela Waktu, Celalah Dirimu!
Penulis: K.H. Hafidz Abdurrahman
Nasihat Imam Syafie ini mengingatkan kita bahawa waktu terus berputar dengan segala kebaikan dan keburukannya. Siang dan malam, hidup dan mati, semuanya merupakan bahagian dari kehidupan yang datang dan pergi, hal ini merupakan bahagian dari Qada dan Qadar Allah SWT. Oleh kerana itu, menyalahkan waktu adalah kesalahan kita.
نعيب زماننا والعيب فينا
وما لزماننا عيب سوانا
“Kita mencela waktu, padahal celaan itu sepatutnya ditujukan pada diri kita. Tidak ada celaan pada waktu, kecuali pada diri kita sendiri.”
ولا تهجو ذا الزمان بغير ذنب
ولو نطق الزمان لنا هجانا
“Janganlah kamu mengecam Zat Pemilik Waktu tanpa dosa. Andai saja zaman itu boleh berbicara kepada kita, pasti dia mengecam kita.”
فدنياك التصنع والترائي
ونحن به نخادع من يرانا
“Duniamu penuh dengan lakonan dan sandiwara. Dengannya, kita menipu siapa saja yang melihat kita.”
Beliau melanjutkan nasihatnya,
إن لله عبادا فطنا
تركوا الدنيا وخافوا الفتنا
“Sungguh, Allah mempunyai hamba-hamba yang cerdas. Mereka sanggup tinggalkan dunia dan takut terhadap fitnah.”
نظروا فيها فلما
علموا أنها ليست لحي وطنا
“Mereka telah mengkaji dan memikirkannya. Mereka tahu bahawa dunia ini bukanlah “tanah air” untuk hidupnya.”
جعلوها لجنة واتخذوا
صالح الأعمال سفنا
“Mereka menjadikan dunia seperti sungai, lalu mereka menjadikan amal soleh sebagai perahunya.”
[Diwan Imam Syafie, Bahr Wafir, Qafiyah Nun]
Oleh sebab itu, apa pun yang berada di dunia ini akan bersilih datang dan pergi. Setiap orang, harta, kedudukan, dan apa pun keadaan yang ada, akan datang dan pergi.
Syamsuddin at-Tibrizi mengatakan, “Jangan mencari orang (termasuk, harta, kedudukan, atau apa pun) kerana mereka datang hanya sebagai hadiah di tengah jalanmu untuk menemukan dirimu sendiri.”
Jadikanlah semuanya itu untuk memastikan dirimu menjadi hambaNya kerana semua akan pergi. Hanya Allah SWT Zat yang tidak pernah meninggalkan kita. Kerana Dia Maha Ada dan selalu ada bersama kita.
Gapailah redhaNya, bukan redha yang lain! Cukuplah kita menyenangkan Allah SWT dengan membuatNya redha.
يا أيتها النفس المطمئنة ارجعي إلى ربك راضية مرضية، فادخلي في عبادي، وادخلى جنتي!
“Ya Rabb, terimalah hamba sebagai hambaMu yang Engkau redhai!”