[Tinta Ramadhan 13] Ma’rakah Buwaib
Berlaku pada 14 Ramadhan 13H. Panglima Mutsanna bin Haritsah bertakbir tiga kali sebagai persiapan perang, dan pada takbir keempatnya pasukan Islam mula menggempur tentera Parsi. Perperangan sengit ini tercetus dalam pelbagai penjuru, namun tentera Islam berjaya menyebabkan pasukan Parsi berpecah dan mundur. Kejayaan mereka memutuskan jambatan Sungai Eufrat menyebabkan tentera Parsi terhadang dan berjaya dikalahkan. Selepas tamat pertempuran di Buwaib, pasukan Islam terus maju menguasai wilayah-wilayah Parsi dan Khanafis, Baghdad serta diikuti oleh Shifin.
#TintaRamadhan