[Tinta Ramadhan 15] Perang Ain Jalut
Merupakan perang besar yang terjadi di antara Muslim Mamluk dengan bangsa Shamanis Mongol. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Hulagu Khan merempuh Kota Baghdad yang menjadi kemegahan kekhilafahan Abbasiyah sehingga menyebabkan korban yang banyak dan kerosakan yang dahsyat. Dalam serangan itu, banyak umat islam terbunuh dan banyak buku karangan ulama dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana tinta. Pada 15 Ramadhan 658 H bersamaan 1260 M, tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin setelah Monggol menguasainya. Kedua pihak bertemu di Ain Jalut.