[Tinta Ramadhan 19] Muhasabah dari kekalahan Bilath as-Syuhada’ (Dataran Syuhada)
Juga dikenal sebagai Pertempuran Tours atau Pertempuran Poitiers, terjadi antara pasukan Muslim dari Andalusia yang dipimpin oleh panglima soleh yang tangguh, Abdul Rahman al-Ghafiqi, melawan pasukan Perancis yang dipimpin oleh Charles Martel. Dalam pertempuran ini kaum Muslimin kalah dan Abdul Rahman sendiri turut gugur sebagai syuhada. Peristiwa ini berlaku dalam Ramadhan 114H.
Walaupun berakhir dengan kekalahan, peristiwa ini masih meninggalkan impak besar sehingga ke hari ini kepada para sejarawan dan kegentaran pada para musuh, kerana kekuatan ummah ini mampu mengakibatkan perubahan besar-besaran secara politik dan sosial. Manakala bagi kaum Muslimin, ia menjadi pelajaran dan pengajaran yang besar untuk terus menggerakkan startegi jihad dengan berpegang teguh pada hukum syarak.