RAMADHAN: MOMENTUM MENINGKATKAN KETAKWAAN
Alhamdulillah, sepantasnya kita bersyukur kepada Allah SWT. Tahun ini kita dapat dipertemukan kembali dengan bulan puasa, yakni Bulan Ramadhan 1444 H.
Setiap Muslim pasti berharap agar ketakwaan dapat diwujudkan dalam diri di bulan Ramadhan. Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa, sebagaimana puasa itu telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian, agar kalian bertakwa.” (TMQ al-Baqarah [2]: 183).
Menurut Syeikh Abu Bakar al-Jazairi, frasa “agar kalian bertakwa” dalam ayat di atas bermakna, “agar dengan shaum itu Allah SWT mempersiapkan kalian agar dapat menjalankan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya.” (Al-Jazairi, Aysar at-Tafâsîr, I/80).
Jika ‘buah’ dari puasa adalah takwa, tentu idealnya kaum Muslim menjadi orang-orang yang taat kepada Allah SWT tidak hanya pada bulan Ramadhan saja. Juga tidak hanya dalam tataran ritual dan individual semata. Ketakwaan kaum Muslim sejatinya terlihat juga di luar bulan Ramadhan sepanjang tahun. Juga dalam seluruh tatanan kehidupan mereka.
Hakikat Takwa
Allah SWT berfirman:
الٓمٓ . ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ
Alif lâm mîm. Kitab (al-Quran) ini, tidak ada keraguan di dalamnya, sebagai petunjuk bagi kaum yang bertakwa (TMQ al-Baqarah [2]: 1-2).
Saat menafsirkan ayat di atas, Imam Ali ash-Shabuni memetik antara lain pernyataan Imam al-Hasan al-Bashri, “Orang-orang bertakwa adalah mereka yang takut terhadap apa saja yang telah Allah SWT larang atas diri mereka dan menunaikan apa saja yang telah Allah SWT wajibkan atas diri mereka.”(Lihat: Ali ash-Shabuni, Shafwah at-Tafâsîr, I/26).
Adapun menurut Imam Ibn Jarir ath-Thabari, memetik pernyataan Ibn Abbas ra., “Orang-orang yang bertakwa adalah mereka yang takut menyekutukan Allah SWT dan mengamalkan apa saja yang telah Allah SWT wajibkan atas mereka (Ath-Thabari, Jâmi’ al-Bayân fî Ta’wîl al-Qur’ân, I/232-233).
Dengan demikian, jika memang takwa adalah buah dari shaum Ramadhan yang dilakukan oleh setiap Mukmin, idealnya usai Ramadhan, setiap Mukmin akan sentiasa takut terhadap murka Allah SWT dengan cara sentiasa berusaha melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya, sentiasa berusaha menjauhi kesyirikan, sentiasa melaksanakan ketaatan, memiliki rasa takut untuk melakukan perkara-perkara yang haram dan sentiasa berusaha melaksanakan semua kewajipan yang telah Allah SWT bebankan kepada dirinya.
Bukan takwa namanya jika seseorang biasa melakukan solat, melaksanakan shaum Ramadhan atau bahkan menunaikan ibadah haji ke Baitullah; sementara dia memakan riba, melakukan rasuah dan penyelewengan, mengabaikan urusan masyarakat, menzalimi rakyat dan menolak untuk terikat dengan syariah Islam dalam perkara selain yang terkait dengan ibadah ritual.
Orang bertakwa juga akan pasti sentiasa berusaha menjauhi kesyirikan. Syirik maknanya adalah menyekutukan Allah SWT dengan makhluk-Nya, baik dalam konteks akidah mahupun ibadah; termasuk meyakini sekaligus menjalankan hukum apapun selain hukum-Nya. Hal ini kerana, hal itu pun boleh dianggap sebagai bentuk kesyirikan. Allah SWT berfirman:
اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani telah menjadikan para pendeta dan para rahib mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah.” (TMQ at-Taubah [9]: 31).
Terkait ayat ini, ada sebuah peristiwa menarik. Diriwayatkan bahawa saat Baginda Rasulullah SAW membaca ayat ini, kebetulan datanglah Adi bin Hatim kepada beliau dengan maksud hendak masuk Islam. Saat Adi bin Hatim—yang ketika itu masih beragama Nasrani—mendengar ayat tersebut, dia kemudian berkata, “Wahai Rasulullah, kami (orang-orang Nasrani, red.) tidak pernah menyembah para pendeta kami.” Namun, Baginda Nabi SAW membantah pernyataan Adi bin Hatim sembari bertanya dengan pertanyaan retorik, “Bukankah para pendeta kalian biasa menghalalkan apa yang telah Allah haramkan dan mengharamkan apa yang telah Allah halalkan, lalu kalian pun mentaati mereka?” Jawab Adi bin Hatim, “Benar, wahai Rasulullah.” Beliau tegas menyatakan, “Itulah bentuk penyembahan mereka kepada para pendeta mereka.” (Lihat: ath-Thabari, Jâmi’ al-Bayân fî Ta’wîl al-Qur’ân, X/210; al-Baghawi, Ma’âlim at-Tanzîl, IV/39).
Saat ini kedudukan para pendeta dan para rahib itu diperanankan pula oleh para penguasa mahupun wakil rakyat dalam sistem demokrasi. Ini kerana, merekalah saat ini yang membuat hukum yang banyak menghalalkan apa yang telah Allah haramkan dan mengharamkan apa yang telah Allah halalkan. Contoh: Di negeri ini riba telah lama dilegalkan (dihalalkan). Bahkan Pemerintah menjadi pelaku riba terbesar. Di antaranya melalui pinjaman (hutang) dengan bunga yang tinggi. Setiap tahun ratusan juta perlu dibayar oleh kerajaan hanya untuk membayar bunga hutangnya sahaja. Belum lagi pokok hutangnya. Padahal jelas, riba telah diharamkan secara tegas oleh Allah SWT (QS al-Baqarah [2]: 275). Contoh lain adalah penswastaan berbagai sumber daya alam milik umum. Padahal jelas, Islam telah mengharamkan penguasaan berbagai sumber daya alam—yang menguasai hajat (keperluan) hidup orang ramai.
Sudah pasti, sebagai bukti dari ketakwaan kita, kita dilarang mentaati apapun produk hukum buatan manusia yang jelas-jelas bertentangan dengan syariah Allah SWT.
Tanda-tanda Takwa
Takwa pasti mempunyai beberapa tanda. Imam al-Hasan berkata, “Orang bertakwa mempunyai beberapa tanda yang dapat diketahui, yakni: jujur/benar dalam berbicara; sentiasa menunaikan amanah; sentiasa memenuhi janji; rendah hati dan tidak sombong; sentiasa memelihara silaturrahmi; sentiasa menyayangi orang-orang lemah/miskin; memelihara diri dari kaum wanita; berakhlak baik; memiliki ilmu yang luas; sentiasa ber-taqarrub kepada Allah.” (Ibn Abi ad-Dunya’, Al-Hilm, I/32).
Terkait takwa juga, Zubair bin al-Awwam pernah menulis surat yang berisi nasihat untuk dirinya sendiri. Di dalam surat itu dinyatakan, “Amma ba’du. Sesungguhnya orang bertakwa itu mempunyai bebrapa tanda yang diketahui oleh orang lain mahupun dirinya sendiri, yakni: sabar dalam menanggung derita, redha terhadap qadha’, mensyukuri nikmat dan merendahkan diri (tunduk) di hadapan hukum-hukum al-Quran.” (Ibn al-Jauzi, Shifat ash-Shafwah, I/170; Abu Nu’aim al-Asbahani, Hilyah Awliyâ, I/177).
Takwa wajib tersemat pada diri seorang Muslim bila masa sahaja, di mana sahaja dan dalam keadaan apa jua. Rasulullah SAW pernah bersabda:
إِتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ
“Bertakwalah engkau dalam setiap keadaanmu!” (HR at-Tirmidzi dan Ahmad).
Frasa “haytsumâ kunta” maksudnya dalam keadaan lapang atau sempit, senang atau susah, riang-gembira atau saat tertimpa bencana (Al-Mubarakfuri, VI/104).
Frasa “haytsumâ kunta” juga bermakna: di manapun berada, baik saat manusia melihat Anda ataupun saat mereka tak melihat Anda (Muhammad bin ‘Alan ash-Shiddiqi, Dalîl al-Fâlihîn, I/164).
Namun, jujur perlu kita akui, masih banyak di antara kita yang takwanya separuh-separuh. Saat di masjid, di majlis taklim atau di majlis zikir mereka bertakwa. Saat Ramadhan dan ibadah haji mereka bertakwa. Selain itu mereka jauh dari ketakwaan kepada Allah SWT. Saat ini, misalnya, banyak Muslim yang tidak memiliki lagi rasa takut saat bermaksiat. Tak ada lagi rasa khuatir saat melakukan dosa. Tak ada lagi rasa malu saat berbuat salah. Tak ada lagi rasa menyesal saat berbuat keharaman. Tak lagi merasa malu melakukan rasuah. Tak lagi ragu saat menipu. Tak lagi merasa berat saat mendedahkan aurat. Tak lagi merasa berdosa saat berzina. Maksiat seolah sudah biasa. Na’ûdzu bilLâh min dzâlik!
Takwa Kunci Keselamatan
Terkait takwa, Abu Bakar as-Siddiq RA pernah berkata:
وَاعْلَمُوا أَنَّ أَكْيَسَ الْكَيْسِ التُّقَى وَأَنَّ أَحْمَقَ الْحُمْقِ اَلْفُجُوْرُ
“Ketahuilah, cerdas yang paling cerdas adalah takwa, dan bodoh yang paling bodoh adalah suka bermaksiat.” (Lihat: Al-Baqillani, I’jâz al-Qur’ân, 1/137; as-Suyuthi, Târîkh al-Khulafâ’, 1/28).
Apa yang dinyatakan oleh Abu Bakar as-Siddiq benar belaka. Contoh kecil, betapa banyak pegawai kerajaan yang bergaji tinggi dan menikmati pelbagai fasiliti negara yang serba mewah —dan tentu serba percuma —masih saja terdorong untuk menyeleweng dan melakukan rasuah. Kemudian, dia tertangkap tangan dan masuk ke dalam penjara. Dia celaka di dunia oleh perbuatannya sendiri. Belum lagi di akhirat dia akan diazab oleh Allah SWT.
Mengapa iainya boleh berlaku? Kerana dia tidak bertakwa kepada Allah SWT. Saat dia tidak bertakwa, dia kelihatan bodoh. Sudah kaya dan terhormat, tetapi tetap melakukan rasuah. Akhirnya dia masuk ke dalam penjara dan menuai aib. Jika dia bertakwa, pasti dia akan memiliki sifat qanâ’ah. Dia akan menahan diri untuk terlibat rasuah. Saat terhindar dari rasuah, dia akan selamat di dunia. Dia tidak akan masuk penjara. Dia juga selamat dari dosa rasuah yang dapat mengantarkan dirinya ke dalam neraka di akhirat.
Ketakwaan Kolektif
Takwa hakiki tidak hanya berlaku secara peribadi pada diri setiap Muslim. Takwa juga perlu terwujud secara kolektif dalam masyarakat dan kehidupan bernegara. Allah SWT berfirman:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
“Andai penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertakwa, Kami pasti melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi…” (TMQ al-A’raf [7]: 96).
Ayat ini berbicara tentang penduduk negeri, yang jika bertakwa, Allah akan beri keberkahan yang berlimpah kepada mereka. Dengan demikian, agar negeri ini berlimpah keberkahan, tak cukup mengandalkan ketakwaan secara individual. Justeru negara perlu wujudkan ketakwaan secara kolektif. Dengan kata lain ketakwaan perlu wujud dalam masyarakat dan kehidupan bernegara. Wujudnya ketakwaan kolektif ini tidak lain dengan menerapkan dan menegakkan syariah Islam secara kâffah dalam seluruh aspek kehidupan mereka.
WalLâhu a’lam bi ash-shawâb. []
—*—
Hikmah:
Rasulullah SAW bersabda:
الصَّوْمُ جُنَّةٌ
“Puasa adalah perisai.” (HR an-Nasa’i). []
Sumber: Buletin Dakwah Kaffah Edisi 287