Ramadhan, Bulan Turunnya Al-Quran (Bahagian 3/3)
Bangkitlah wahai kaum Muslim rahimakumullah. Berapa banyak masalah yang kalian anggap remeh tapi di sisi Allah termasuk masalah yang besar. Boleh jadi ada persoalan yang boleh mengeluarkan seorang Muslim dari kdan diaesIslamannya tidak mengetahuinya. Kemudian setelah itu, tidak ada gunanya dia banyak berpuasa atau pun solat. Allah telah memberitakan kepada kita tentang ahli kitab dalam firman-Nya,
“Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah… “ [TMQ At-Taubah (9) : 31]
Ketika Rasulullah SAW ditanya bagaimana mereka menjadikannya sebagai tuhan-tuhan, Baginda menjawab, “Mereka menghalalkan yang diharamkan dan mengharamkan yang dihalalkan kepada mereka, kemudian mereka pun mentaatinya.”
Perhatikanlah, apakah penguasa-penguasa kalian saat ini berani menghalalkan apa yang diharamkan dan mengharamkan apa yang dihalalkan? Dan apakah kalian tetap mentaati mereka?
Mereka dengan terang menghalalkan banyak hal yang diharamkan oleh Allah. Dan mengharamkan banyak hal yang telah dihalalkan oleh Allah. Tetapi, adakah kalian rela dengan sepenuh hati kalian terhadap perkara itu? Jika kalian merelakannya, bermaksud kalian telah menjadikan mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah. Dan kami berlindung kepada Allah dari hal itu.
Rasulullah SAW. bersabda, “Barangsiapa melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Bila tidak berkuasa, maka hendaklah dia merubah dengan lisannya. Bila tiada kuasa, maka hendaklah dia merubah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman.”
Dalam riwayat lain, “Dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun.” Penguasa-penguasa itu adalah pangkal kemungkaran. Sistem mereka adalah sumber kemungkaran. Jika seorang Muslim tidak mampu mengubah dengan tangan dan lisannya, maka sebenarnya dia tidak boleh lemah untuk membencinya serta mengingkari dosa untuk mengubah dengan hatinya. Bila mana dia tidak pernah benci terhadap kemungkaran tersebut dan diingkari dalam hatinya, maka hatinya jelas kafir yang di dalamnya sudah tiada lagi keimanan.
Dari sini, jelaslah bahawa majoriti penguasa kaum Muslimin saat ini bukan lagi berbuat maksiat atau fasik sahaja, tetapi mereka adalah kafir yang jelas-jelas kufur yang telah mengeluarkan mereka dari agama Islam. Dan jelaslah bahawa tinta dan lidah yang berusaha membersihkan penguasa-penguasa serta sistem-sistem kufur yang mereka praktikkan adalah tinta dan lidah yang pemiliknya adalah orang-orang munafik dan kufur.
Kekufuran mereka jelas dan boleh mengeluarkan mereka dari agama Islam. Jelaslah juga bahawa orang-orang yang menerima penguasa-penguasa serta rela terhadap sistem kufur adalah kafir yang kekufurannya jelas dan dapat mengeluarkan dirinya dari agama Islam.
Ya Allah, kami memohon ampunan dan keselamatan kepadamu. Seorang Muslim tidak cukup hanya mengingkari dengan hatinya. Sebab, ia merupakan selemah-lemah iman dan umumnya, kaum Muslimin mampu untuk mengingkari dengan lisan sebahagian yang lain justeru mampu mengingkari dan mengubahnya dengan tangan.
Tetapi, orang yang mendedahkan kemungkaran tersebut dengan lidah atau tangannya boleh mengakibatkan diri mereka dianiaya oleh penguasa dan kakitangan mereka. Maka, sampai manakah batasan kewajipan yang diwajibkan atas seorang Muslim untuk menanggung penganiayaan dalam rangka membatalkan kebatilan dan menguatkan kebenaran?
Allah SWT. berfirman, “Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu… ” [TMQ At-Taghaabun (64): 16]
Nabi SAW. bersabda, “Apabila aku memerintahkan kalian suatu perintah, maka tunaikanlah perintah itu sekuat kalian.”
Ahli fikih telah membatasi kemampuan tersebut dengan batasan ikrahun mulji’un iaitu penyeksaan yang boleh membawa maut atau cacat kekal. Contohnya, mencungkil biji mata, memotong daun telinga atau dua kaki atau mematahkan tulang punggung atau melumpuhkan beberapa organ vital dalam tubuh. Maka, tidak diperbolehkan bagi seorang Muslim untuk meninggalkan suatu kewajipan atau melakukan perbuatan haram selain apabila dipaksa dengan paksaan ikrah mulji’. Bukan hanya ancaman cambik, penjara ataupun diberhentikan kerja dan sebagainya sebagai bentuk rukhsah bagi seorang Muslim untuk meninggalkan yang fardhu atau menumpukan keharaman, sebab itu bukan di luar kemampuan. Inilah batasan kewajipan itu. Adapun sunnahnya, batasannya adalah sehingga meninggal.
Islam telah mendorong seorang Muslim untuk menentang kemungkaran dan juga pelaku kemungkaran walaupun perlu mengorbankan nyawanya dalam rangka untuk menunaikannya. Tidak hanya dengan harta dan tenaganya.
Nabi SAW. bersabda, “Penghulu para syuhada adalah Hamzah serta seseorang yang berdiri di hadapan penguasa zalim, kemudian dia perintahkan (kemakrufan) kepadanya serta mencegah (kemungkaran) darinya, lalu dia membunuhnya.”
Bangkitlah wahai kaum Muslimin agar masyarakat kalian bersih dari kerosakan dan kemungkaran. Yakinlah bahawa hal itu hanya akan terjadi jika sistem kufur dan pangkal kekufurannya hancur. Kemudian gantikan kepimpinan di tangan para tokoh yang beriman kepada Allah serta hari akhir di mana mereka berhukum dengan kitab Allah dan sunnah Rasulullah.
Wahai kaum Muslimin yang taat, di bulan Ramadhan ini, nilai pahala di sisi Allah berlipat ganda. Usaha untuk menegakkan kekhilafahan Islam juga termasuk dalam menunaikan ketaatan. Dengan kekhilafahan itu, Allah akan memuliakan kita dengan kemenangan atas orang-orang Yahudi serta orang-orang kafir. Dengan khilafah, Allah akan menyatukan dunia kaum Muslimin. Dengan khilafah juga, Allah akan membersihkan jiwa, fikiran serta masyarakat kita dari kotoran-kotoran kufur yang telah memerangi kita. Dengan Khilafahlah, hukum-hukum syariat kita yang cemerlang itu akan kembali ke pangkuan kita. Dengannya juga, umat Islam akan kembali menjadi umat yang mulia. Sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT.,
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ ۗ
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)..” [TMQ Ali Imraan (3): 110]
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ كَمَا ٱسْتَخْلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ ٱلَّذِى ٱرْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِى لَا يُشْرِكُونَ بِى شَيْـًٔا ۚ
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu..” [TMQ An-Nuur (24): 55]