SETIAP MALAM ADALAH “LAILATUL QADAR”
Oleh: Al-Faqir Arief B. Iskandar
Tak terasa, kita telah pun memasuki sepuluh malam terakhir Ramadhan. Berdasarkan petunjuk Baginda Rasulullah SAW, banyak ulama berpendapat bahawa pada sepuluh malam terakhir inilah–terutama pada malam-malam ganjil–kemungkinan adalah malam Lailatul Qadar.
Lailatul Qadar adalah malam yang sangat istimewa. Allah SWT sendiri yang menegaskan bahawa Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan (QS al-Qadr: 1-3).
Namun demikian, seluruh malam, bagi seorang Muslim yang makrifat kepada Allah SWT, juga sangat istimewa. Bagaimana tidak? Setiap malam, sebagaimana sabda Rasulullah SAW, Allah SWT, Pemilik alam semesta ini, “turun” ke langit dunia untuk mengampuni dosa orang-orang yang memohon ampunan kepada-Nya dan mengabulkan doa-doa siapa saja yang berdoa kepada-Nya (HR al-Bukhari dan Muslim).
Oleh sebab itu ada ulama yang berkata:
كُلُّ لَيْلَةٍ لِلْعَارِفِ بِمَنْزِلَةِ لَيْلَةِ الْقَدْرِ
“Bagi seorang arif (orang yang mengenal Allah SWT), setiap malam kedudukannya sama dengan Lailatul Qadar.” (Abu Thalib al-Makki, Quut al-Quluub, 1/119).
Maknanya, sebagaimana dinyatakan oleh Syeikh Abu al-‘Abbas rahimahulLaah:
أَوْقَاتُنَا كُلُّهَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ أَيْ عِبَادَتُنَا كُلُّهَا مُضَاعَفَةٌ
“Seluruh waktu bagi kami laksana Lailatul Qadar. Ertinya, ibadah kami setiap waktu sentiasa berlipat ganda.” (Abul Abbas, Iqaazh al-Himam Syarh Matan al-Hikaam, 1/62).
Kerana itu juga, menghidupkan malam (dengan ragam ibadah seperti solat tahajud, zikir, membaca al-Quran, dll) sesungguhnya merupakan salah satu tradisi generasi salafush-shalih yang biasa mereka lakukan setiap malam sepanjang tahun. Bukan hanya saat Ramadhan saja, atau hanya di sepuluh malam terakhir Ramadhan saja, atau saat Lailatul Qadar saja. Ini kerana, dalam pandangan mereka, setiap malam sejatinya layak diisi dengan ragam amal ibadah yang berlipat ganda.
Inilah yang ditunjukkan oleh antara lain Sayyid al-Musayyib. Seorang tokoh Taabi’iin. Beliau tak pernah tinggal solat lima waktu berjemaah di masjid selama kurang-lebih dari 40 tahun. Selama kurang -lebih dari 40 tahun juga beliau tidak pernah tinggal solat malam, zikir dan membaca al-Quran. Bahkan sangat jarang sekali tidur malam kecuali sangat sebentar (kerana banyak berjaga untuk solat malam, zikir dan membaca al-Quran), beliau sering solat subuh dengan wudhuk yang sama yang digunakan untuk solat isyak sebelumnya (Abu Nu’aim, Hilyah al-Awliyaa’, 2/162).
Begitulah generasi salafush-shaalih. Sepanjang tahun mereka memperlakukan seluruh malam tak ubahnya Lailatul Qadar.
Semoga kita dapat meneladani mereka.
Wamaa tawfiiqii illaa bilLaah,‘alayhi tawakaltu wa ilayhi uniib.
Hikmah Ramadhan:
قال *ابن الجوزي* رحمه الله:
*إذا لم يختم المسلم القرآن تلاوةً في رمضان شهر القرآن، فلن يختمه في سائر السنة إلا أن يشاء الله…وعدم الختم خذلان يستوجب إدامة الدعاء بكشف الغُمَّة ورفع الغفلة عن القلب* (إبن الجوزي، صفة الصفوة ٤٧/٢
Imam Ibnu al-Jauzi rahimahulLaah berkata: “Jika seorang Muslim tidak dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadhan, maka dia tidak akan pernah mampu mengkhatamkan bacaan al-Quran itu pada seluruh bulan sepanjang tahun; kecuali jika Allah SWT berkehendak…Ketidakmampuan (seorang Muslim) untuk mengkhatamkan bacaan al-Quran adalah sebuah kehinaan (bagi dirinya). Hal ini seharusnya menescayakan dia untuk terus-menerus berdoa kepada Allah SWT agar Dia menghilangkan penghalang dan mencabut kelalaian dari dalam kalbunya.” (Ibnu al-Jauzi, Shifah ash-Shafwah, 2/47).
#ramadhan #lailatuladar #khatamquran #muhasabahramadhan