[Tinta Ramadhan 26] Penaklukan Belgrade
Pada 26 Ramadhan 928 H, bandar Belgrade berjaya ditawan oleh Khalifah Sulaiman al-Qanuni. Khalifah Sulaiman telah mengelilingi Belgrade dan memulakan pengeboman dari pulau yang terletak di Danube. Dengan hanya tentera sebanyak 700 orang dan tidak menerima sebarang bantuan dari Hungary, Belgrade pun berjaya ditawan. Mereka turut mendirikan solat Jumaat pertama di bandar itu.