[Global] Israel Melakukan Keganasan ketika Aidilfitri di Masjidil Aqsa
Pada hari kedua Aidilfitri di Palestin, Sabtu (22-4-2023), pasukan pendudukan Israel menyerbu area solat Bab ar-Rahmah di sisi timur Masjidil Aqsa di Kota Yerusalem yang diduduki.
Wafa (22-4-2023) memberitakan, pada Hari Raya kaum muslim itu, pihak polis Israel menyerbu tempat ibadat dan menghancurkan pemasangan letrik, pencahayaan, dan speaker di dalamnya.
Sehari sebelumnya, ketika melaksanakan solat Aidilfitri, sebanyak 120,000 orang menunaikannya di dalam kompleks dan halaman Masjidil Aqsa. Jabatan Wakaf Islam melaporkan Israel turut melakukan tindakan keganasan terhadap jemaah.
“Pasukan Israel menyerang pemuda Palestin dan memukul mereka dengan cota, berhampiran Gerbang Singa di Yerusalem yang diduduki, ketika mereka sedang dalam perjalanan untuk menunaikan solat Eid,” ujar seorang koresponden.
Serangan pada Ramadhan
Bahkan, sepanjang Ramadhan yang baru saja berlalu ini, serangan pada malam berturut-turut dilakukan oleh pasukan Israel terhadap jemaah dan yang beriktikaf di Masjidil Aqsa.
Pada 4—5 April 2023, kemuncak serangan terjadi ketika pasukan pendudukan menceroboh Masjidil Aqsa dan menyerang jemaah dalam satu peristiwa mengejut yang terakam dalam video dan dikongsikan secara meluas di media sosial sehingga mencetuskan kecaman daripada komuniti internasional.
Kebiadapan pihak polis terhadap jemaah tersebut, mengingatkan kita pada ketegangan Ramadhan 2021 dan keganasan Mei yang dilakukan oleh pemukim Israel yang telah mengambilalih kepemilikan warga Palestin di Syeikh Jarrah, pencerobohan di kompleks Masjidil Aqsa, dan keganasan terhadap para pemukim, yang berakhir dengan kemuncak serangan gencar Israel di Gaza dan protes skala besar sepanjang sejarah Palestin.
Seperti yang sering disampaikan berbagai tokoh gerakan Islam, hal ini akan terus terjadi selagi Palestin tidak dibebaskan oleh tentera kaum muslim. Palestin memerlukan pelindung yang hanya akan wujud tatkala Khilafah Rasyidah kedua sesuai metod kenabian hadir kembali.
Sumber: muslimahnews id