[Fikrul Islam] Komunikasi Politik (Bahagian 1/3)
Penulis: M. R. Kurnia, dkk.
Komunikasi politik identik dengan komunikasi dakwah. Kerana komunikasi ini hanya bertujuan untuk mendakwahkan Islam kepada umat manusia, maka konsekuensinya hanya satu, yakni komunikasi ini mesti berlangsung secara efektif dan efisyen. Dikatakan efektif bila perbandingan antara pesan/mesej yang diterima dengan pesan/mesej yang disampaikan sama dengan satu. Maknanya, komunikasi efektif akan menghilangkan berat sebelah sehingga pesan yang diterima sepadan dan sesuai dengan pesan yang disampaikan.
Dikatakan efisyen bila komunikasi dapat dilakukan dalam waktu yang tepat, tidak berlarut-larutan. Keberkesanan komunikasi sangatlah penting memandangkan komunikasi berlangsung dalam fungsi waktu. Untuk mewujudkan komunikasi yang efektif dan efisyen, setidaknya terdapat tiga aspek yang perlu mendapat perhatian yakni: (1) aspek pesanan/mesej, (2) aspek pengirim pesanan (komunikator/penyampai), dan (3) aspek penerima pesan (pendengar).
ASPEK PESANAN
Pada aspek ini, poin kritis yang perlu mendapat perhatian adalah berkaitan dengan accuracy atau ketepatan pesanan. Dari sisi ini, agar dapat mewujudkan komunikasi yang efektif dan efisyen perlu dipenuhi tiga unsur penting yang mesti ada terkandung dalam sebuah pesan/mesej dakwah. Ketiga-tiganya dipetik dari surah An-Nahl ayat 125. Ketiga-tiganya adalah:
1– Hikmah.
Hikmah adalah al-burhan al-aqli atau argumentasi yang logik. Maksudnya, pesanan dakwah yang disampaikan mestilah disertai dengan hujah atau pembahasan yang logik, pembahasan yang masuk akal yang tidak dapat dibantah, dan memuaskan. Ini sejalan dengan pendapat An-Nabhani dalam kitab Haditsu al-Shiyam, mengkomunikasikan pesan dakwah dengan pembahasan atau hujah akan dapat mempengaruhi pendengar, baik yang termasuk kategori pemikir mahupun bukan pemikir, sebab pesan seperti inilah yang dapat membongkar rekayasa kebatilan, menerangi wajah kebenaran, menjadi api yang mampu membakar keburukan dan kerosakan, serta menjadi cahaya yang dapat menyinari kebenaran.
2– Mauizah Hasanah.
Mauizah hasanah atau peringatan yang baik memiliki pengertian bahawa pesan dakwah yang disampaikan adalah pesan yang mampu mempengaruhi perasaan manusia ketika diseru akal mereka dan mampu memengaruhi pemikiran mereka ketika diseru perasaan mereka. Dalam bahasa An-Nabhani dalam kitab yang sama, dengan mauizah hasanah pemahaman penyampai akan pesan dakwah yang disampaikannya senantiasa diliputi oleh semangat untuk melaksanakannya serta beramal soleh untuk meraihnya. Hal ini sebagaimana yang ditunjukkan oleh seruan-seruan Al-Quran, yakni ketika ia menyeru pemikiran, ia pun mempengaruhi perasaannya.
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيْرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْاِنْسِۖ لَهُمْ قُلُوْبٌ لَّا يَفْقَهُوْنَ بِهَاۖ وَلَهُمْ اَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُوْنَ بِهَاۖ وَلَهُمْ اٰذَانٌ لَّا يَسْمَعُوْنَ بِهَاۗ اُولٰۤىِٕكَ كَالْاَنْعَامِ بَلْ هُمْ اَضَلُّ ۗ اُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْغٰفِلُوْنَ
“Dan sungguh, akan Kami isi neraka jahanam kebanyakan dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka memiliki mata, (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga, (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti hewan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.”(TMQ Al-A’raf: 179).
3– Al-Jidal.
Al-jidal adalah berdebat dengan cara yang baik. Maksudnya, berdiskusi yang terbatas dengan idea, menegakkan pembahasan yang hak yang membawa pada kebenaran serta menjatuhkan hujah yang batil. Oleh kerananya, pesan dakwah mesti diberikan dan memuat kandungan idea yang jelas, khas Islam.
Allah Swt. berfirman,
اَلَمْ تَرَ اِلَى الَّذِيْ حَاۤجَّ اِبْرٰهٖمَ فِيْ رَبِّهٖٓ اَنْ اٰتٰىهُ اللّٰهُ الْمُلْكَ ۘ اِذْ قَالَ اِبْرٰهٖمُ رَبِّيَ الَّذِيْ يُحْيٖ وَيُمِيْتُۙ قَالَ اَنَا۠ اُحْيٖ وَاُمِيْتُ ۗ قَالَ اِبْرٰهٖمُ فَاِنَّ اللّٰهَ يَأْتِيْ بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِيْ كَفَرَ ۗوَاللّٰهُ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الظّٰلِمِيْنَۚ
“Tidakkah kamu memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim mengenai Tuhannya, kerana Allah telah memberinya kerajaan (kekuasaan). Ketika Ibrahim berkata, ‘Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan,’ dia berkata, ‘Aku pun dapat menghidupkan dan mematikan.’ Ibrahim berkata, ‘Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat.’ Maka bingunglah orang yang kafir itu. Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.” (TMQ Al-Baqarah: 258).
*Bersambung ke bahagian 2/3.
Sumber: M. R. Kurnia dkk., Menjadi Pemikir dan Politisi Islam.