[Nafsiyah] Pemelihara Anak Yatim
Memelihara anak yatim memiliki keutamaan yang besar.
أَنَا وَكاَفِلُ الْيَتِيْمِ فِى الْجَنَّةِ هَكَذَا، وَأَشَارَ بِالسّبَابَةِ وَالْوُسطَى وَفَرَّجَ بَيْنَهُمَا شَيْئًا
“Aku (Rasulullah) dan orang yang menjaga anak yatim seperti ini di dalam syurga. Baginda SAW mengisyaratkan dengan merapatkan dua jari baginda SAW iaitu jari telunjuk dan jari tengah”. [HR Bukhari No. 4998]
Menurut Syeikh Atha’ bin Khalil, anak yatim di rumah anak yatim bukanlah yang dimaksudkan dalam hadis di atas, walaupun memberikan kebaikan kepada anak yatim di rumah anak yatim termasuk amal kebaikan dan akan mendapatkan pahala. Perkara ini kerana rumah anak yatim adalah jihah ma’nawiyyah, bukan syakhshiyyah haqiiqiyyah.
Yang dimaksudkan kafilul yatim (memelihara anak yatim) dalam hadis di atas adalah orang yang membawa anak yatim ke rumahnya, lalu dipelihara dan ditanggung seperti anaknya sendiri. Wallahu’alam.
Sumber:
https://muslimahnews.net/2023/05/12/19982/