Import Dalam Sistem Ekonomi Kapitalis Liberal Tidak Dapat Dielakkan
Oleh: Hayunila Nuris
(Aktivis Muslimah)
Sungguh ironis melihat negara kaya yang terkenal dengan sumber daya alam yang melimpah ruah, jargon ekonomi kerakyatan, dan seumpamanya disangkal oleh kenyataan bahawa pelaksanaan ekonomi neoliberalisme sedang berjalan di negara ini. Kekuatan import dirasai seiring dengan semakin rosaknya sistem ekonomi kapitalis liberal.
Di sisi lain, amalan import disyaki menjadi jalan pintas untuk menajdikan diri sendiri kaya-raya. Malah ia merupakan sumber dana untuk aktiviti politik. Import seolah-olah menjadi langkah wajib dalam menyelesaikan kekurangan kesediaan makanan di negara ini. Walaupun import boleh melenyapkan independen negara dan menguatkan pergantungan kepada negara luar, malah ia berisiko mengukuhkan penjajahan ekonomi.
Aktiviti import yang dilakukan kadang-kadang merugikan rakyat kecil di negara ini. Jika di negara kita masih banyak para petani pengeluar beras, lalu mengapa pemerintah memutuskan untuk import beras? Bukankah sepatutnya penguasa memperkasakan hasil tuaian dan produk-produk dalam negara sendiri?
Di dalam Islam, negara merupakan institusi yang kuat dan adidaya serta berdaulat dan independen dalam semua bidang. Islam mengatur kerjasama dengan negara lain tanpa sebarang bentuk ketundukan untuk memberikan kesejahteraan, keadilan, dan kestabilan. Seluruh penerapan sistem pengaturan ekonomi merujuk kepada syariat Islam secara kaffah.
Seluruh kegiatan import dan eksport merupakan suatu bentuk perdagangan (tijârah). Sehingga setiap perdagangan ini juga mestilah diatur dengan hukum-hukum Islam. Ini termasuklah kegiatan perdagangan luar negeri.
Dalam Islam terdapat peraturan dalam urusan perdagangan luar negeri, di mana mereka yang melakukan perdagangan dengan negara Islam akan digolongkan mengikut negara asalnya, kepada tiga:
Pertama, Kafir Harbi iaitu mereka yang merupakan warga negara kafir yang memusuhi negara Islam dan umat Islam, negara ini dikategorikan sebagai tidak dapat mengadakan perjanjian perdagangan.
Kedua, Kafir Mu’âhad, iaitu mereka yang merupakan warga negara kafir yang mempunyai perjanjian dengan negara Islam, negara ini dikategorikan boleh melakukan perdagangan dengan melihat kembali isi perjanjian adakah mereka ingin tunduk atau tidak dengan peraturan Islam.
Ketiga, warga negara Islam yang di dalamnya terdapat orang Islam dan bukan Islam, mereka boleh melakukan perdagangan selagi masih terikat dengan syariat Islam dan pnegaturan negara Islam.
Dengan paparan di atas tergambar bahawa Islam memberikan penyelesaian yang sempurna dalam aspek perdagangan luar negaranya. Negara tentunya akan menjadi pelayan rakyat bukan berbisnes dengan rakyat apalagi pro-kapitalis.
Negara sudah tentu memiliki visi misi yang jelas dalam berbicara mengenai kebangkitan masyarakat. Pengaturan yang diambil berasaskan al-Quran dan as-Sunah ini pasti mampu mengatasi karut marut yang biasa terjadi pada urusan eksport import.
Sistem peraturan tidak akan mudah menjadi hamba kepada kapitalis serta tidak mudah melakukan pelbagai kesepakatan atau perjanjian kerana haram hukumnya tunduk pada kesepakatan asing.
Sebagaimana firman Allah SWT “Dan sekali-kali Allah tidak akan pernah memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang mukmin.” [TMQ an-Nisâ’(4):141]
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa aktiviti import tidak akan terjadi di dalam sistem ekonomi islam yang diterapkan dalam naungan khilafah jika tujuannya adalah mementingkan para pengusaha dan merugikan rakyat.
Maka,selama mana sistem ekonomi kapitalisme masih mencengkam di negara ini, aktiviti import tentu tidak dapat dielakkan. Penyelesaian kepada semua isu di atas adalah kembali pada penerapan sistem ekonomi Islam dalam naungan Islam kaffah. Wallahua’lam Bissawwab.
Sumber:
https://news.tintasiyasi.com/2023/04/impor-di-sistem-ekonomi-kapitalis.html?m=1