✅ SUNNAH-SUNNAH 10 AWAL ZULHIJJAH
10 awal Zulhijjah merupakan hari-hari yg disukai oleh Allah, banyak amalan sunnah yg boleh dilakukan. Antaranya adalah:
- Sunnah tidak memotong kuku & bulu bagi mereka yg ingin melaksanakan korban sehingga selesai berkorban.
“Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya, “Barangsiapa memiliki hewan kurban, hendaknya ia berkurban jika hilal sepuluh Zulhijjah telah terlihat jelas, janganlah ia mencukur rambut dan memotong kuku terlebih dahulu walau sedikit hingga ia selesai berkurban.” (HR. Muslim: 3656)
- Memperbanyakkan amal soleh pada 10 awal Zulhijjah
“Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya, ” Tiada daripada hari-hari yang mana amal kebaikan padanya lebih disukai di sisi Allah berbanding hari-hari ini (10 awal Zulhijjah), mereka bertanya: Ya Rasulallah, walaupun jihad di jalan Allah? Jawab Baginda: Walaupun jihad di jalan Allah melainkan seorang lelaki yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya maka dia tidak pulang dengan sesuatu pun.”
(HR Abu Daud – Sahih)
- Memperbanyakkan zikir pada 10 awal Zulhijjah
Firman Allah S.W.T
وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللّٰهِ فِيْٓ اَيَّامٍ مَّعْلُوْمٰتٍ
Dan mereka mengingati nama Allah (berzikir kepadaNya) pada hari-hari dimaklumi.
(Surah al-Hajj: 28)
Berkata Ibn Abbas RA: “..Dan mengingati Allah pada hari-hari yang dimaklumi (اَيَّامٍ مَّعْلُوْمٰتٍ) itu pada sepuluh hari (awal Zulhijjah)”
(HR al-Bukhari secara ta’liq)
- Memperbanyakkan Takbir, Tahlil dan Tahmid pada 10 Awal Zulhijjah
Sabda Rasulullah SAW: “Maka perbanyakkanlah padanya (10 hari-hari awal Zulhijjah) dgn tahlil (لا إله إلا الله), takbir dan tahmid (الحمد لله).”
(HR Ahmad- sahih)
Contoh lafaz takbir,tahlil dan tahmid (Ali RA dan Ibn Masud RA) :
الله أكبر الله أكبر، لا إله إلا الله، والله أكبر الله أكبر، ولله الحمد
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.
(HR Ibn Abi Shaibah dalam Musannaf beliau- sanad jayyid)
- Puasa Sunat Hari Arafah
Daripada Abu Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya:
Maksudnya: Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) aku mengharapkan atas Allah SWT agar ia menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun sesudahnya.
(HR Muslim
- Kelebihan Hari Arafah, Aidil Adha dan Hari-Hari Tashriq
Sabda Rasulullah SAW maksudnya:
Hari Arafah, Hari Nahar (Aidil Adha) dan Hari-Hari Tashriq (11,12 &13 Zulhijjah) adalah perayaan kita umat Islam, dan ia adalah hari-hari untuk makan dan minum.
(HR Al-Tirmizi- Sahih)
- Faedah: Hari Arafah disunatkan berpuasa bagi mereka yang tidak menunaikan haji manakala Hari Raya Aidil Adha dan Hari-Hari Tashriq pula adalah hari yang disuruh untuk kita makan dan minum
- Ibadah Korban Sebagai Bukti Ketakwaan
Firman Allah SWT :
لَنْ يَّنَالَ اللّٰهَ لُحُوْمُهَا وَلَا دِمَاۤؤُهَا وَلٰكِنْ يَّنَالُهُ التَّقْوٰى مِنْكُمْۗ كَذٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللّٰهَ عَلٰى مَا هَدٰىكُمْۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِيْنَ
Maksudnya: Tidak sekali-kali sampai akan Allah oleh dagingnya (korban) dan tidak pula darah-darahnya tetapi yang sampai kepadaNya (Allah SWT) adalah takwa daripada kamu
semua. Begitulah Dia permudahkannya bagi kamu semua untuk kamu membesarkan Allah atas petunjuk Nya kepada kamu dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang
yang membuat kebaikan.
(Surah Al-Hajj : 37)
- Aidil Adha perayaan agama umat Islam
Ketikamana Rasulullah SAW sampai di Madinah maka Baginda dapati penduduk Madinah merayakan dua perayaan yang kebiasaannya di sambut oleh mereka pada zaman jahiliyah.
Maka sabda Baginda maksudnya:
Sesungguhnya Allah SWT telah menukarkan keduanya bagi kamu semua dengan perayaan yang lebih mulia iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri.
(HR Abu Daud-Sahih)
- Doa Ketika Menyembelih Korban
بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَکْبَرِ
Maksudnya: Dengan nama Allah dan Allah Maha Besar
(HR al-Bukhari & Muslim)
Setelah membaca lafaz di atas, disunatkan juga disertai dengan doa seperti:
Ya Allah terimalah daripada (nama pembuat korban) dan keluarga (nama pembuat korban)
Daripada Aishah RA kata beliau:
Maka Rasulullah merebahkan (kibas korban) tersebut dan membaca: “Bismillah, Ya Allah Engkau terimalah daripada Muhammad, keluarga Muhammad dan ummat Muhammad lantas Baginda menyembelih kibas tersebut. (HR Muslim)
- Sunnah untuk makan, hadiah dan sedekah daging korban
فَكُلُوْا مِنْهَا وَاَطْعِمُوا الْبَاۤىِٕسَ الْفَقِيْرَۙ
Maksudnya: Maka makanlah kamu semua daripadanya (haiwan korban) dan berilah makan ia kepada orang yang susah lagi fakir.
(Surah al-Hajj: 28)
Semoga kita dapat memanfaatkan 10 awal Zulhijjah tahun ini agar ia tidak berlalu pergi begitu sahaja.
Sumber: https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran