FIQH BADAL HAJI
Oleh: KH. M. Shiddiq Al-Jawi
Yang dimaksud Fiqh Badal Haji adalah hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan orang yang berhaji untuk orang lain (al-ḥajj ‘an al-ghayr), baik orang lain itu masih hidup mahupun sudah meninggal dunia.
Beberapa hukum syarak terpenting dalam Fiqh Badal Haji adalah berikut ini:
(1) Hukum badal haji adalah boleh (jā`iz) asalkan orang yang berhaji untuk orang lain itu sudah pernah berhaji terlebih dahulu untuk dirinya sendiri. Jadi tidak boleh seseorang yang belum pernah berhaji untuk dirinya sendiri, berhaji untuk orang lain. Di antara dalilnya adalah sebagai berikut:
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِىَّ ﷺ سَمِعَ رَجُلاً يُلَبِّى عَنْ شُبْرُمَةَ فَقَالَ: «وَمَا شُبْرُمَةُ؟». قَالَ: فَذَكَرَ قَرَابَةً لَهُ. قَالَ: فَقَالَ: «أَحَجَجْتَ عَنْ نَفْسِكَ». قَالَ: فَقَالَ: لاَ. قَالَ: «فَاحْجُجْ عَنْ نَفْسِكَ ثُمَّ حُجَّ عَنْ شُبْرُمَةَ»). رواه الدارقطني
Dari Aisyah RA, bahawa Nabi SAW mendengar seorang lelaki mengucapkan talbiyah atas nama Syubrumah. Lalu Rasulullah SAW bertanya “Siapa Syubrumah itu?” Lelaki itu menyebutkan bahawa Syubrumah itu adalah kerabatnya. Rasulullah SAW bertanya, “Adakah kamu sudah pernah berhaji untuk dirimu sendiri?” Dia menjawab, “Belum.” Maka Rasulullah SAW bersabda, “Berhajilah untuk dirimu sendiri, lalu berhajilah untuk Syubrumah.” (HR. Al-Daraquthni).
عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللهِ ﷺ سَمِعَ رَجُلاً يَقُولُ: لَبَّيْكَ عَنْ شُبْرُمَةَ، فَقَالَ: «مَنْ شُبْرُمَةُ؟» فَذَكَرَ أَخاً لَهُ أَوْ قَرَابَةً، قَالَ: «أَحَجَجْتَ قَطُّ؟» قَالَ: لَا، قَالَ: «فَاجْعَلْ هَذِهِ عَنْكَ ثُمَّ حُجَّ عَنْ شُبْرُمَةَ» أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُدَ في السنن والطبراني في المعجم الكبير.
Dari Sa’id bin Jubayr, dari Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki berkata “Labbaik ‘an Syubrumah” (Labbaik [aku memenuhi pangilan-Mu Ya Allah], untuk Syubrumah), lalu Rasulullah bertanya “Siapa Syubrumah itu?”. Dia menyebutkan bahawa Syubrumah itu saudaranya atau kerabatnya. Rasulullah SAW bertanya, “Adakah kamu sudah pernah berhaji?” Dia menjawab, “Belum.” Maka Rasulullah SAW bersabda, “Jadikanlah haji ini untuk dirimu sendiri, lalu berhajilah untuk Syubrumah.” (HR. Abu Dawud dalam Sunan Abu Dawud, dan Thabrani, dalam Al-Mu’jam Al-Kabir).
(2) Boleh hukumnya seseorang berhaji untuk orang lain yang sudah meninggal dunia, jika yang me
ninggal ini di masa hidupnya belum menunaikan kewajipan hajinya. Dalilnya antara lain adalah seperti berikut:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ امْرَأَةً مِنْ جُهَيْنَةَ جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ ﷺ فَقَالَتْ: إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَلَمْ تَحُجَّ حَتَّى مَاتَتْ، أَفَأَحُجُّ عَنْهَا؟ قَالَ: «نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا. أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَةً؟ اقْضُوا اللَّهَ فَاللَّهُ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِ». رواه البخاري
Dari Ibnu Abbas RA, bahawa seorang perempuan dari Bani Juhainah datang kepada Nabi SAW. Perempuan itu lalu bertanya, “Sesungguhnya ibuku pernah bernazar ingin melaksanakan ibadah haji, namun dia belum melaksanakan ibadah haji tersebut hingga dia meninggal, adakah aku boleh menghajikannya?” Rasulullah SAW menjawab, “Ya, hajikanlah untuknya. Bagaimanakah pendapatmu, kalau ibumu mempunyai hutang, bukankah kamu dapat membayar hutang untuk ibumu? Jadi, bayarlah hutang kepada Allah, kerana hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk ditunaikan.” (HR. Bukhari).
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ – رضي الله عنهما – قَالَ: أَتَى رَجُلٌ النَّبِيَّ ﷺ فَقَالَ لَهُ: إِنَّ أُخْتِي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ وَإِنَّهَا مَاتَتْ. فَقَالَ النَّبِىُّ ﷺ: «لَوْ كَانَ عَلَيْهَا دَيْنٌ أَكُنْتَ قَاضِيَهُ؟». قَالَ نَعَمْ. قَالَ: «فَاقْضِ اللَّهَ، فَهْوَ أَحَقُّ بِالْقَضَاءِ» . رواه البخاري
Dari Ibnu Abbas RA, dia berkata, “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW, lalu dia berkata kepada Nabi SAW, “Sesungguhnya saudara perempuanku telah bernazar untuk berhaji, namun [sekarang] dia telah meninggal dunia. Maka Nabi SAW bersabda, “Kalau saudara perempuanmu itu mempunyai kewajipan hutang, adakah kamu dapat membayar hutang untuknya?” Lelaki itu menjawab, “Ya.” Nabi SAW bersabda, “Maka bayarlah hutang kepada Allah, kerana hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk ditunaikan.” (HR. Bukhari).
(3) Boleh hukumnya seseorang berhaji untuk orang lain yang masih hidup, jika orang yang digantikan ini tidak mempunyai kemampuan fizikal/kesihatan (al-istithā’ah al-badaniyah) untuk berhaji, misalnya menghidap lumpuh, atau stroke, namun dia sudah mempunyai kemampuan dari segi kewangan (al-istithā’ah al-māliyah), iaitu sudah mempunyai harta yang cukup untuk berangkat menunaikan ibadah haji. Dalilnya adalah sebagai berikut:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: جَاءَتْ امْرَأَةٌ مِنْ خَثْعَمَ عَامَ حَجَّةِ الْوَدَاعِ قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ فَرِيضَةَ اللَّهِ عَلَى عِبَادِهِ فِي الْحَجِّ أَدْرَكَتْ أَبِي شَيْخاً كَبِيراً لَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يَسْتَوِيَ عَلَى الرَّاحِلَةِ، فَهَلْ يَقْضِي عَنْهُ أَنْ أَحُجَّ عَنْهُ؟ قَالَ «نَعَمْ» رواه البخاري
Dari Ibnu Abbas RA, dia berkata, “Seorang perempuan dari kabilah Khats’am pada saat Haji Wada’ bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ayahku telah terkena kewajipan haji tapi dia sudah tua renta dan tidak mampu lagi duduk di atas kenderaan, adakah aku boleh berhaji untuk dia?” Rasulullah SAW menjawab, “Ya!” (HR. Bukhari).
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ الْفَضْلِ أَنَّ امْرَأَةً مِنْ خَثْعَمَ قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَبِي شَيْخٌ كَبِيرٌ عَلَيْهِ فَرِيضَةُ اللَّهِ فِي الْحَجِّ وَهُوَ لَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يَسْتَوِيَ عَلَى ظَهْرِ بَعِيرِهِ، فَقَالَ النَّبِيُّ ﷺ: «فَحُجِّي عَنْهُ». رواه مسلم
Dari Ibnu Abbas RA, dari Al-Fadhl RA, bahawa seorang perempuan dari kabilah Khats’am bertanya, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ayahku sudah tua renta, sedangkan dia sudah terkena kewajipan haji dari Allah, akan tetapi ayahku sudah tidak mampu lagi duduk di atas untanya.” Maka bersabda Nabi SAW, “Maka berhajilah kamu untuk ayahmu.” (HR. Muslim).
عَنْ أبي رزين العُقَيلي أنه أتى النبيَّ ﷺ، فقال: إنَّ أبي شيخٌ كبيرٌ لا يستطيع الحَجَّ ولا العُمرة ولا الظَّعن، فقال: «حُجَّ عن أبيك واعتَمِر»؛ رواه أحمد وأصحاب السنن، وقال الترمذي: حسن صحيح.
Dari Abu Razin Al-‘Uqaili, bahawa dia pernah mendatangi Nabi SAW lalu berkata, “Sesungguhnya ayahku sudah tua renta, dan ayahku sudah tidak mampu lagi berangkat menunaikan ibadah haji atau umrah atau melakukan perjalanan.” Maka Nabi SAW bersabda, “Maka berhaji dan berumrahlah kamu untuk ayahmu.” (HR Ahmad dan Ash-habus Sunan. Imam Tirmidzi berkata, “Ini hadis Hasan Sahih).
(4) Tidak disyaratkan orang yang berhaji untuk orang lain, adalah kerabat dari orang yang digantikan, melainkan boleh saja orang itu bukan kerabat. Syeikh ‘Atha Abu Rasytah bin Khalil berkata bagi menjelaskan hal ini:
لَيْسَ شَرْطًاً أَنْ يَكُونَ الْحَاجُّ عَنْ الْغَيْرِ قَرِيبًاً لِلْمَحْجُوجِ عَنْهُ بَلْ يَجُوزُ مِنْ غَيْرِ الْقَرِيبِ، وَدَلِيلُ ذَلِكَ أَنَّ الرَّسُولَ ﷺ جَعَلَهُ فِي جَوَابِهِ لِلسَّائِلِ وَالسَّائِلَةِ كَالدَّيْنِ، وَسَدَادُ الدَّيْنِ عَنْ الْمَدِينِ يُجْزِئُ مِنْ الشَّخْصِ الْقَرِيبِ وَالْبَعِيدِ مَا دَامَ قَدْ تَمَّ
“Tidak dinyatakan orang yang berhaji untuk orang lain adalah kerabat dari orang yang digantikan hajinya, tetapi diperbolehkan juga selain kerabat. Dalilnya adalah bahawa Rasulullah SAW telah menjadikan hutang haji (dalam jawapannya kepada penanya baik yang lelaki mahupun yang perempuan dalam masalah ini) serupa dengan hutang [harta], sedangkan pelunasan hutang [harta] atas nama debitur hukumnya sah, baik pelunasan itu dilakukan oleh kerabatnya debitur mahupun bukan oleh kerabatnya, selama pelunasan itu sudah sempurna terlaksana.” (https://www.hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer-hizb/ameer-cmo-site/75996.html)
(5) Seseorang yang akan berhaji untuk orang lain yang masih hidup, wajib mendapat izin dari orang yang masih hidup tersebut. Para fuqoha tidak berbeda pendapat dalam masalah ini.
Adapun seseorang yang akan berhaji untuk orang lain yang sudah meninggal, ada khilāfiyah di kalangan fuqoha. Sebagian ulama mensyaratkan harus ada wasiat untuk berhaji sebelum orang itu meninggal, sedang sebagian ulama lainnya tidak mensyaratkan adanya wasiat tersebut. Jadi baik ada wasiat mahupun tidak ada wasiat, maka boleh hukumnya ada orang lain yang berhaji untuk orang yang sudah meninggal itu.
Pendapat yang rājih adalah pendapat terakhir, sebagaimana pentarjihan Syeikh ‘Atha Abu Rasytah bin Khalil, iaitu pendapat ulama Syafieiyyah dan Hanabilah, bahawa kalau ada seseorang berhaji untuk orang lain, sedang orang lain itu tidak pernah berwasiat untuk menghajikan dia sebelum dia meninggal, maka hajinya orang itu (pembadal haji) sah. (Al-Mahusū’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, 17/75).
(6) Orang yang berhaji untuk orang lain, wajib berniat untuk menghajikan orang lain, yakni berniat di dalam hati, dan lebih afdhal lagi jika dia melafazkan niat itu dengan lidahnya, iaitu dengan mengucapkan kalimat:
أَحْرَمْتُ بِالْحَجِّ عَنْ فُلاَنٍ وَلَبَّيْكَ بِحَجَّةٍ عَنْ فُلاَنٍ
“Ahramtu bil hajji ‘an fulan, wa labbayka bi-hajjatin ‘an fulan.” (Aku berniat ihram untuk berhaji atas nama Fulan [sebut namanya], dan aku menyambut seruanmu Ya Allah atas nama Fulan [sebut namanya].” (https://www.hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer-hizb/ameer-cmo-site/75996.html)
(7) Boleh hukumnya orang yang berhaji untuk orang lain, mengambil upah secara makruf, iaitu up
ah yang besarnya kurang lebih sama dengan upah badal haji yang dilakukan oleh orang lain pada umumnya. Syeikh ‘Atha Abu Rasytah bin Khalil berkata:
يَجُوْزُ لِلْحَاجِ عَنِ الْغَيْرِ أَنْ يَأْخُذَ كُلَّ مَا يَحْتَاجُهُ مِنْ نَفَقَةٍ وَالْتِزَامَاتِ الْحَجِّ بِالْمَعْرُوْفِ.
“Boleh hukumnya orang yang berhaji untuk orang lain, mengambil nafqah (biaya) yang dia perlukan dalam haji secara makruf.” (https://www.hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer-hizb/ameer-cmo-site/75996.html)
(8) Orang yang berhaji untuk orang lain, hanya boleh menghajikan satu orang saja, tidak boleh menghajikan untuk dua orang atau tiga orang atau lebih. Syeikh ‘Atha Abu Rasytah bin Khalil berkata:
اَلْحَجُّ عَنِ الْغَيْرِ يَكُوْنُ فَقَطْ عَنْ وَاحِدٍ وَلَيْسَ عَنِ اثْنَيْنِ أَوْ أَكْثَرَ، فَهُوَ يَنُوْبُ عَنِ الْحاَجِ اْلأَصِيْلِ فَالنِّيَّةُ تَكُوْنُ عَنْ وَاحِدٍ.
“Berhaji untuk orang lain hanya boleh untuk menghajikan satu orang saja, tidak boleh menghajikan dua orang atau lebih. Jadi orang yang berhaji untuk orang lain itu mewakili satu orang haji saja, maka niatnya juga atas nama satu orang saja.” (https://www.hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer-hizb/ameer-cmo-site/75996.html).
(9) Orang yang berhaji untuk orang lain ini, hendaklah dipilih dari orang yang jujur dan amanah
untuk melaksanakan haji badal, dan niat orang tersebut juga wajib ikhlas lillaahi ta’ala, bukan untuk bekerja mencari uang. Syekh ‘Atha Abu Rasytah bin Khalil berkata:
يَنْبَغِيْ تَحَرِّيُ أَهْلِ الصِّدْقِ وَاْلأَمَانَةِ لِحَجِّ الْبَدَلِ، وَأَنْ تَكُوْنَ نِيِّتُهُ لِلّهِ تَعَالىَ؛ وَلَيْسَ التَّكَسُّبُ
“Kita hendaklah mencari orang yang jujur dan amanah untuk menghajikan orang lain, dan niat orang itu adalah lillaahi taala, bukan untuk bekerja mencari wang…” (https://www.hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer-hizb/ameer-cmo-site/75996.html).
Wallahu a’lam.
#hukumfiqh #fiqhhaji #zulhijjah