HIJRAH DARI SISTEM JAHILIAH
Tak terasa, kita saat ini sudah ada di penghujung tahun 1444 H. Hanya beberapa hari lagi kita akan memasuki Tahun Baru Hijriyah, yakni 1445 H. Sebahagian umat Islam menjadikan Tahun Baru Hijrah sebagai momentum untuk melakukan refleksi (perenungan), kontemplasi (muhâsabah), bahkan mungkin menetapkan sejumlah resolusi (tuntutan) baru untuk masa depan hidupnya agar lebih baik.
Hal yang sama sudah seharusnya dilakukan oleh kaum Muslim yang merupakan penduduk majoriti di negeri ini. Bahkan saat ini, sudah masanya kaum Muslim—secara kolektif—di negeri ini berani melakukan semacam muhasabah/pembetulan terhadap sistem kehidupan sekular yang dijalankan selama ini, yang terbukti bermasalah. Baik terkait sistem ekonomi, sistem perundangan, sistem kehakiman, sistem politik dan pemerintahan, sistem pendidikan mahupun sistem sosial, dll. Selanjutnya, kaum Muslim mestilah berani berhijrah, yakni meninggalkan sistem kehidupan sekular ini, menuju sistem kehidupan yang sahih, yakni sistem kehidupan Islam. Selagi kaum Muslim tidak memiliki tekad dan keberanian untuk berhijrah, yakni meninggalkan sistem jahiliah ini, menuju sistem Islam, maka nasib mereka tidak akan pernah berubah. Bakal tetap terpuruk dan terjajah. Kerana itu hiruk-pikuk pilihan raya demokrasi yang rutin dilaksanakan setiap lima tahun sekali pun tak akan pernah menghasilkan perubahan yang bermakna. Sebabnya, pada faktanya pilihan raya demokrasi hanya menghasilkan rejim baru yang berganti wajah, tetapi tetap menjalankan sistem yang sama, yakni sistem sekular yang bermasalah, yang juga perlu dimaklumi merupakan sistem jahiliah; bukan menerapkan syariah Islam secara kâffah.
Pentingnya Hijrah
Secara bahasa, al-hijrah merupakan isim dari fi’il ha-ja-ra. Maknanya adalah meninggalkan. Dalam Hadis Nabi Muhammad saw. dinyatakan, misalnya:
وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ
“Orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa saja yang telah Allah larang”. (HR al-Bukhari).
Hijrah dalam pengertian ini tentu wajib dilakukan oleh setiap Muslim.
Adapun menurut istilah khusus, menurut Ar-Raghib al-Ashfahany (w. 502 H), hijrah bererti keluar dari dârul kufr (yakni wilayah yang menerapkan hukum-hukum kufur) menuju Dârul Îmân (yakni wilayah yang menerapkan seluruh hukum Islam) (Al-Ashfahâny, Al-Mufradât fî Gharîb al-Qur’ân, hlm. 833).
Makna hijrah seperti ini semakna dengan apa yang dinyatakan oleh Al-Jurjâni (w. 471 H) dan al-Qurthubi (w. 671 H) yang menyatakan:
الهِجْرَةُ وَهِيَ الخُرُوْجُ مِنْ دَارِ الْحَرْبِ إِلَى دَارِ الإِسْلاَمِ
“Hijrah adalah keluar atau berpindah dari negara yang diperangi (negara kufur) ke Negara Islam”. (Al-Qurthuby, Al-Jâmi’ li Ahkâm al-Qur’ân, 5/349; Al-Jurjani, At-Ta’rîfât, 1/83).
Hijrah semacam inilah yang dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammad saw. dari Mekah (yang ketika itu merupakan Dârul Kufur [negeri kufur]) menuju Madinah (yang ketika itu telah berubah menjadi Dârul Islam (Daulah Islam/Negara Islam). Hijrah dalam makna khusus inilah yang dijadikan awal penanggalan dalam Islam. Oleh kerana itu tatkala mendiskusikan tentang penanggalan Islam, setelah mendengar berbagai usulan para Sahabat, Khalifah Umar bin Khattab ra. menyatakan:
بَلْ نُؤَرِّخُ لِمُهاجَرَةِ رَسُوْلِ الله، فَإِنَّ مُهَاجَرَتَهُ فَرْقٌ بَيْنَ الْحَقِّ وَاْلبَاطِلِ
“Akan tetapi, kita akan menghitung penanggalan berdasarkan hijrah Rasulullah, kerana sesungguhnya hijrah beliau itu telah memisahkan antara kebenaran dan kebatilan”. (Ibn Al-Atsîr, Al-Kâmil Fî at-Târîkh, 1/3).
Hijrah Rasulullah saw. dari Mekah ke Madinah merupakan peristiwa penting yang mengubah wajah umat Islam saat itu. Umat yang awalnya tertindas dan teraniaya di Mekah selama 13 tahun, setelah hijrah ke Madinah dan menegakkan tatanan masyarakat yang islami dalam sebuah negara, berubah menjadi umat yang mulia, kuat dan disegani.
Pentingnya Keberadaan Negara Islam
Sebagaimana kita ketahui, sistem apapun selain sistem Islam adalah sistem jahiliah. Termasuk sistem kehidupan sekular yang diterapkan di negeri ini. Hal ini kerana, di negeri ini syariah Islam tidak diterapkan, kecuali hanya sebahagian kecil, seperti dalam urusan nikah, talak, dan rujuk; dalam urusan haji dan zakat; dsb. Sebaliknya, dalam berbagai urusan lain yang lebih besar (ekonomi, politik, perundangan, kehakiman, sosial, pemerintahan, dll) syariah Islam tidak digunakan. Padahal Allah SWT telah mencela sikap manusia yang tidak mahu memilih hukum-hukum Allah dan malah lebih memilih hukum jahiliah. Allah SWT berfirman:
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
“Apakah sistem hukum jahiliah yang mereka kehendaki? Siapakah yang lebih baik sistem hukumnya dibandingkan dengan sistem hukum Allah bagi kaum yang yakin?” (TMQ al-Maidah [5]: 50).
Berkaitan dengan ayat di atas, setelah Nabi Muhammad saw. diutus, sifat jahiliah memang tidak disematkan pada suatu masa secara mutlak dan umum. Namun, sifat jahiliah boleh disematkan dalam realiti apa saja yang bertentangan dengan ajaran Rasul (Islam) (Ibnu Taimiyah, Iqtidha’ Shirâth al-Mustaqîm, 1/258); baik realiti itu berupa akidah, sistem perundangan dan perilaku, baik realiti itu individu, masyarakat ataupun negara. Negara (masyarakat) yang di dalamnya lebih dominan penentangannya terhadap hukum-hukum Allah, secara legal-formal menolak sistem Islam, lalu menerapkan aturan-aturan yang bertentangan dengan syariah Islam maka layak disebut dengan istilah jahiliah.
Kerana itu hijrah, dalam pandangan Islam, tentu berkaitan dengan usaha kaum Muslim, khususnya di negeri ini, untuk segera meninggalkan sistem hukum jahiliah ini menuju sistem Islam. Hijrah semacam ini tentu berkaitan erat dengan usaha mewujudkan Dârul Islam (Negara Islam). Sebabnya, hijrah Rasulullah saw. pun, yakni dari Mekah ke Madinah, bukan hanya bersifat individual, sebagaimana hijrah pertama dan kedua yakni sebahagian Muslim ke Habsyah. Hijrah Rasul saw. adalah dalam rangka meninggalkan Dârul Kufur menuju Dârul Islam, yakni meninggalkan sistem jahiliah menuju penegakan sistem Islam.
Hijrah Menuju Penerapan Syariah Secara Kâffah
Hijrah Nabi saw. ke Dârul Islam di Madinah adalah dalam rangka menerapkan dan menegakkan syariah Islam secara kâffah. Di Madinah Rasulullah saw. adalah pemimpin Negara Islam. Kekuasaan yang beliau terima di Madinah dari kaum Ansar bukanlah sekadar kekuasaan semata. Sebabnya, jika sekadar kekuasaan semata, hal itu boleh beliau dapatkan di Mekah. Kekuasaan beliau di Madinah tidak lain adalah kekuasaan yang menolong (shultân[an] nashîr[an]). Ini sebagaimana turunnya ayat yang memerintahkan beliau hijrah:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Katakanlah, “Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar, dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar, dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.” (TMQ al-Isra’ [17]: 80).
Kekuasaan “yang menolong” adalah kekuasaan yang dengan itu syariah Islam diterapkan secara kâffah. Imam Ibnu Katsir, seraya mengutip Qatadah (w. 117 H), ketika menjelaskan frasa “kekuasaan yang menolong”, menyatakan:
نَصِيرًا لِكِتَابِ اللَّهِ، وَلِحُدُودِ اللَّهِ، وَلِفَرَائِضِ اللَّهِ، وَلِإِقَامَةِ دِينِ اللَّهِ
“… untuk membela Kitabullah, hudûd Allah, hal-hal yang difardhukan Allah, dan untuk menegakkan agama Allah”. (Ibnu Katsir, Tafsîr al-Qur’ân al-Adzîm, 5/111).
Relevansi Hijrah Saat ini
Hijrah tetaplah relevan hingga Hari Kiamat. Yang terputus hanyalah hijrah dari Mekah ke Madinah pasca Mekah ditaklukkan dan menjadi Dârul Islam (Al-Qurthuby, Al-Jâmi’ li Ahkâm al-Qur’ân, 3/350).
Dalam situasi sekarang, hijrah boleh kita lakukan dengan berpindah dari suatu tempat yang kita bimbang menggoyahkan keimanan kita, sementara kita tidak sanggup berusaha mengubahnya, menuju tempat yang dipenuhi suasana keimanan; meninggalkan pekerjaan yang banyak kemaksiatannya beralih ke pekerjaan yang halal; meninggalkan keadaan yang boleh membuat kita melanggar aturan Allah, menuju keadaan yang mempermudah kita mendekatkan diri kepada-Nya.
Yang lebih penting lagi, sekaligus inilah kepentingan dari hijrah Nabi saw, yang perlu diteladani, adalah hijrah meninggalkan sistem jahiliah saat ini, yakni sistem sekular, menuju sistem Islam. Kerana sistem Islam ini tidak boleh tegak tanpa kekuasaan, maka semestinya perjuangan umat bukan sekadar diarahkan untuk menjadikan sosok Muslim yang soleh sebagai penguasa. Lebih dari itu mestinya perjuangan umat Islam diarahkan memilih dan mengangkat penguasa Muslim yang soleh, yang kekuasaannya benar-benar digunakan untuk menegakkan syariah Islam secara kâffah. Bukan malah sebaliknya, kekuasaan yang diraih itu digunakan justeru untuk meneruskan dan makin mempekukuhkan sistem sekular yang dimaklumi adalah sistem jahiliah. Jika itu yang terjadi, sebagaimana saat ini, maka seluruh kaum Muslim bertanggungjawab atas terpilihnya penguasa yang sduah jelas lagi bersuluh enggan menerapkan syariah Islam secara kâffah, dan malah melanjutkan sistem sekular jahiliah saat ini.
Alhasil, mari kita berhijrah secara total, yakni dengan meninggalkan sistem jahiliah saat ini menuju sistem Islam dalam naungan Daulah Islamiyah.
WalLâhu a’lam bi ash-shawâb. []
(Buletin Kaffah No. 301 – 26 Zulhijjah 1444 H/14 Julai 2023)