MERAIH KEUTAMAAN DI BULAN SUCI MUHARRAM
Muharram, bulan pertama dalam kalendar Hijrah kita, kini sudah tiba. Dari apa yang telah disampaikan kepada kita menerusi Al-Quran dan Sunnah, ia adalah bulan yang menyimpan banyak keutamaan. Terdapat peluang pahala yang luar biasa dalam berpuasa, sedekah dan solat, jadi bulan ini memberikan peluang besar bagi umat Islam untuk mencari kekuatan dalaman yang datang dari kedekatan (taqarrub) kepada Allah (swt). Oleh itu, pastikan anda memberi perhatian kepada perkara berikut, terutamanya jika anda masih berduka kerana kehilangan peluang pada Ramadhan atau Zulhijjah yang lalu, atau jika anda sentiasa sangat kemaruk terhadap amal-amal kebaikan, seperti yang kita semua inginkan.
PUASA-PUASA TERBAIK
Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda,
“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah – Muharram. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam.”[ HR. Muslim no. 1163]
Ini merujuk kepada puasa sunat umum menurut Imam Ibn Rajab (r.a): ini adalah yang terbaik di bulan Muharram, sebagaimana solat sunat yang terbaik adalah solat malam.
Puasa adalah rahsia antara hamba dan Tuhannya. Inilah sebabnya mengapa Allah Ta’ala berfirman [dalam hadis qudsi]:
“Setiap amalan anak Adam adalah miliknya, kecuali puasa. Ia adalah Milik-Ku, dan Akulah yang membalasnya”. [HR Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah]
Dan Rasulullah ﷺ juga bersabda:
“Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan: satu ketika dia berbuka dan satu lagi ketika dia bertemu Tuhannya”. [HR Muslim]
Sebagai tambahan kepada perkara ini, Rasulullah ﷺ menceritakan beberapa faedah di dunia ini untuk yang berpuasa:
“Berpuasalah, maka kamu akan memperoleh kesehatan yang baik.” [HR Ahmad, daripada Abu Hurairah]
HARI ASYURA: 10 MUHARRAM
Disebutkan dalam Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu bahawa dia ditanya tentang puasa hari Asyura, 10 Muharram. Dia berkata:
“Aku tidak melihat Rasulullah (ﷺ) berpuasa sehari sedangkan lebih bersemangat untuk mencari keutamaannya daripada hari ini (maksudnya hari Asyura)”. [HR Bukhari (2006), dan Muslim (1132)]
Hal ini sepatutnya membuatkan kita berfikir. Di sini kita dapat melihat bahawa pada Hari Asyura jelas terdapat kurniaan yang besar untuk kita di dalamnya, dan kesucian yang luar biasa. Apa yang lebih menarik ialah keutamaan berpuasa telah diketahui oleh para Nabi. Kedua-dua Nabi Nuh dan Nabi Musa a.s. keduanya pun berpuasa.
Nabi (ﷺ) biasa berpuasa hari ini ketika di Mekah, walaupun baginda belum memerintahkan kepada orang lain untuk melakukannya, seperti yang disebutkan dalam kedua-dua hadis Bukhari dan Muslim [Bukhari (2002), Muslim (1125)].
Apabila beliau berhijrah ke Madinah, dan melihat ahli kitab yang lain berpuasa pada hari ini, memuliakannya dengan cara ini, beliau memerintahkan umat Islam untuk berpuasa, dan sangat menggalakkannya sehingga kanak-kanak pun turut berpuasa.
Telah dilaporkan dalam Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas r.a bahawa:
“Ketika tiba di Madinah, Rasulullah ﷺ mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa Asyura. Kemudian Rasulullah ﷺ bertanya, ”Hari yang kalian bepuasa ini adalah hari apa?” Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, ”Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu pula Firaun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam rangka bersyukur, maka kami pun mengikuti beliau berpuasa pada hari ini”. Rasulullah ﷺ lantas berkata, ”Kita seharusnya lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.” Lalu setelah itu Rasulullah ﷺ memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa.” [HR Bukhari (2004) and Muslim (1130)]
HARI TAMBAHAN
Di akhir hayatnya, Rasulullah ﷺ bertekad untuk tidak berpuasa pada hari ini sahaja, tetapi juga dengan hari yang lain (sama ada sebelum atau selepasnya), agar berbeza dengan orang Yahudi.
Telah diriwayatkan dalam Sahih Imam Muslim (Allah merahmatinya), juga dari Ibnu Abbas radhiallahu anhu bahawa:
Ketika Nabi ﷺ melakukan puasa hari Asyura dan memerintahkan kaum muslimin untuk melakukannya, pada saat itu ada yang berkata, “Wahai Rasulullah, hari ini adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani.” Lantas beliau mengatakan, “Apabila tiba tahun depan –insya Allah (jika Allah menghendaki)- kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan.” Ibnu Abbas mengatakan, “Belum sampai tahun depan, Nabi ﷺ sudah wafat terlebih dahulu”. [HR Muslim (1134), Abu Dawud (2445)]
Dan diriwayatkan dalam Musnad Imam Ahmad (Allah merahmatinya), dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi (ﷺ) bersabda:
“Berpuasalah pada hari Asyura dan berbezalah dengan orang Yahudi dengan berpuasa sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya”. [HR Ahmad]
BERSEDEKAH PADA HARI ASYURA
Amru bin Al Ash berkata,” Barang siapa berpuasa Asyura`, maka ia seperti berpuasa satu tahun. Barang siapa bersedekah pada hari itu, maka ia seperti bersedekah satu tahun. [Riwayat Abu Musa Al Madini].
Ini membangkitkan elemen ganjaran yang ditawarkan pada Lailatul Qadr: ganjaran berlipat kali ganda tidak boleh dilepaskan, jadi rancanglah lebih awal untuk memperuntukkan sejumlah sedekah yang baik (sama ada dalam bentuk wang atau apa saja) untuk disedekahkan, dan bersedialah untuk berpuasa pada hari-hari tersebut jika anda boleh melakukannya.
BEBERAPA KEBAIKAN LAIN HARI ASYURA
Ia adalah hari di mana Allah mengampuni seluruh umat. Diriwayatkan bahawa Nabi ﷺ bersabda kepada seorang lelaki:
“Sungguh, pada bulan ini ada satu hari dimana Allah telah memberikan taubat kepada suatu kaum dan akan memberi taubat kepada suatu kaum.” [HR Darimi 1691]
SOLAT MALAM (QIYAMULLAIL), INGATLAH IA LEBIH BAIK DARIPADA SOLAT SUNAT DI SIANG HARI KERANA LEBIH DEKAT KEPADA KERAHSIAAN, DAN LEBIH DEKAT KEPADA KEIKHLASAN.
“Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.” [TMQ Al-Muzzammil 73:6]
Ini kerana waktu berjaga malam (tahajjud) adalah waktu terbaik untuk solat sunat, dan paling dekat seorang hamba kepada Tuhannya. Ia adalah masa apabila pintu-pintu langit dibuka, doa dikabulkan, dan permohonan (doa) diijabah. Dari firman Allah kita dapati:
“Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.” [TMQ as-Sajdah 32: 16-17]
Dan,
“(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” [TMQ az-Zumar 39:9]
Dan Allah swt mengatakan kepada Nabi ﷺ:
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” [TMQ al-Israa’ 17:79]
Telah dikatakan bahawa orang-orang yang beribadat pada malam hari akan masuk syurga tanpa hisab, dan bahawa berdiri di malam hari memperpendekkan tempoh berdiri seseorang pada hari kiamat.
Untuk menambah mesej yang Allah berikan kepada kita tentang solat malam, Nabi yang mulia telah berkata:
“Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada TuhanMu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari amalan dosa dan dapat menghalangi penyakit.” [HR Tirmizi dan Ahmad]
Itulah sebabnya Abu Sulaiman al-Darani berkata:
“Sungguh kenikmatan yang dirasakan orang yang bermunajat di kegelapan malam jauh lebih lazat daripada kesenangan yang diperoleh orang-orang yang suka bercanda dan berhura-hura.”
Jadi inilah peluang kita untuk menyedari betapa dekatnya Allah dengan urat leher kita. Puasa, sedekah dan tahajjud yang diterangkan dengan jelas dalam 10 hari ini dan seterusnya boleh menjadi perkara yang boleh menyelamatkan kulit kita pada hari kiamat, dan mudah-mudahan akan membawa kita lebih dekat dan lebih dicintai oleh Allah swt. Kami memohon agar Allah swt memudahkan kita semua untuk melakukan sebanyak mungkin amal soleh, dan ia adalah cara untuk kita berjaya di dunia ini dan menjadi tiket kita ke tempat yang lebih tinggi di masa hadapan (akhirat).