Kelemahan Pilihan Raya dalam Demokrasi
Pergantian rejim dan pemimpin melalui sistem pilihan raya dalam demokrasi yang melibatkan parti-parti politik yang bertanding ternyata belum mampu mengatasi atau mencegah rakyat dari krisis multidimensional.
Parti-parti politik yang ingin bertanding dalam pilihan raya demokrasi perlu mengeluarkan modal yang besar agar dapat memenangi pilihan raya sebab pilihan raya dalam sistem demokrasi sarat dengan politik wang dan penipuan.
Kekuasaan dan wang menjadi kunci kemenangan dalam pilihan raya demokrasi, bukan berdasarkan kredibiliti atau kemampuan sesebuah parti politik dalam menjalankan peranan sosialnya.
Bagaimana dengan parti politik islam dalam sistem demokrasi?
Faktanya, mereka terjebak dalam makna “politik” dalam sistem demokrasi, yakni sekadar jalan meraih kekuasaan. Keterlibatan mereka dalam sistem demokrasi justeru membuat mereka terjerat dalam perangkap alur berfikir demokrasi yang “celaru dalam menentukan yang hak dan yang batil.
Dalam sistem demokrasi, kebenaran Islam akan kalah dengan suara terbanyak (sistem undi). Yang menang bukanlah yang hak sesuai Islam, melainkan yang mendapatkan suara terbanyak. Oleh sebab itu, yang hak boleh dikalahkan oleh yang batil hanya kerana kalah suara/undian.
(Naila Zayyan)