Parti Politik dalam Sistem Islam
Sistem Islam kaffah membenarkan adanya banyak parti politik dalam negara Islam. Namun, parti politik tersebut hendaklah berdasarkan ideologi Islam. Tujuan parti politik dalam Islam bukan sekadar untuk memperoleh kekuasaan dan merebut kedudukan politik. Parti politik Islam juga bertugas mendakwahkan Islam politik; memberikan nasihat, saranan, masukan, ataupun memuhasabah penguasa; serta mengawasi para penguasa agar sentiasa berbuat makruf (melaksanakan syariat Islam) dan melarang dari yang mungkar (melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam).
Keberadaan parti politik Islam berdasarkan perintah Allah SWT dalam Al-Quran,
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۚ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (TMQ Ali Imran: 104)
Berikut adalah aktiviti parti politik Islam:
1. Membina tubuh parti dengan melakukan pembinaan intensif kepada masyarakat
2. Membina umat dengan Islam dan pemikiran Islam
3. Melakukan perang pemikiran terhadap idea-idea kufur yang bertentangan dengan syariat Islam
4. Memuhasabah penguasa jika terdapat khilaf atau kebijakannya yang tidak sesuai syariat Islam
Selain itu, dalam Islam, pilihan raya boleh dilakukan untuk mencari sosok pemimpin (Khalifah), tetapi paradigma sistem politik yang diterapkan hendaklah berdasarkan ideologi Islam, bukan yang lain.
(Naila Zayyan)