[Pendidikan Anak] Enam Tips Menghilangkan Insecure Dalam Diri Anak
Penulis: Ustaz Iwan Januar
Kebelakangan ini, ramai yang menggunakan istilah “insecure”. Ketika merasa tidak selesa dengan pasangan atau dengan pegawai atasan, mereka akan berkata, “Aku rasa insecure, lah” Apakah insecure ?
Menurut Abraham Maslow, Bapa Psikologi moden, peribadi insecure adalah seseorang yang melihat dunia sebagai hutan belantara yang mengancam, sementara itu merasakan bahawa kebanyakan manusia itu berbahaya dan pentingkan diri sendiri. Peribadi yang insecure merasakan bahwa diketepikan dan terasing, cemas, tidak percaya pada diri, secara umumnya pesimis, dan tidak bahagia. Keadaan insecure juga menunjukkan tanda-tanda ketegangan dan konflik, cenderung neurotik, pentingkan diri sendiri dan egosentrik.
Sayangnya, ibu bapa kerap terlepas pandang keadaan insecure pada diri anak-anak terutamanya remaja, sedangkan keadaan insecure juga boleh dialami mereka. Ketidakpekaan ibu bapa boleh disebabkan kerana kesibukan mereka, atau sebahagian orang dewasa berfikir anak boleh mengatasi persoalan mereka sendiri dan anak-anak dalam keadaan baik-baik sahaja.
Perlu diperhatikan juga, ibu bapa juga boleh menjadi penyebab keadaan insecure pada diri anak-anak mereka sendiri. Ini dapat dikenalpasti dengan anak -anak yang malas berkomunikasi dengan ibu bapa, tidak terbuka untuk berkongsi, sering menyendiri di bilik, memilih bersama kawan-kawannya, atau juga boleh membangkang.
Penting bagi ibu bapa untuk muhasabah diri dan melakukan penilaian, memperbaiki hubungan dengan anak-anak agar tercipta suasana Islamik yang harmonis bersama anak-anak. Bagaimana menjaga hubungan dengan anak-anak agar mereka tidak merasa insecure, malah merasakan harmonis dan terbuka dengan kedua-duanya?
1.Memberi kasih sayang yang cukup kepada anak-anak.
Bukan sahaja kepada anak-anak yang belum baligh, tetapi kepada para remaja yang sudah mula dewasa juga memerlukan kasih sayang yang cukup. Anak-anak dan remaja akan merasa secure ( selamat ) apabila mendapat suasana yang penuh persahabatan, perhatian, dan kasih sayang. Mulakanlah dengan cara berkomunikasi yang menyenangkan dan lembut kepada mereka, hindari nada yang membentak, kata-kata yang menyindir, apalagi menjatuhkan mental anak.
- Berikan family time yang berkualiti.
Anak-anak, terutama si kecil yang belum baligh, memerlukan family time yang cukup dan berkualiti. Kedua-duanya mesti diperolehi secara berkuantiti dan berkualiti. Ketika menuju kedewasaan, tempoh kebersamaan akan semakin berkurangan, tetapi kualiti pastikan mesti terus meningkat. Ibu bapa jangan abaikan family time kerana frekuensi dan kualiti kebersamaan mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada ikatan emosional dan rasa selesa atau harmonis dikalangan anggota keluarga.
Anak-anak yang jarang bersama ibu bapa terdedah mengalami suasana insecure kerana merasa mereka mendapat kurang perhatian. Family time berkualiti bukan setakat diisi dengan memanjakan anak-anak menggunakan pelbagai fasiliti, tetapi dengan bergurau senda, berkomunikasi yang akrab, juga nasihat dan harapan dari ibu bapa, juga anak-anak.
- Menegur kesalahan anak secara ilmiah.
Seringkali anak merasa insecure di rumah kerana mendapati ibu bapa mereka pemarah, terutama saat mereka melakukan kesalahan. Jadikan kesalahan anak sebagai kesempatan mendidik (ta’dib), sekaligus memberikan penyelesaian.
Berlebihan menegur anak membuat mereka merasa tidak selesa, tertekan, dan merasa tidak diterima secara utuh oleh keluarga. Anak inginkan ibu bapa menerima kesalahan mereka dengan wajar dan bukan menempatkan mereka seperti pesalah yang tidak boleh dimaafkan.
- Menghargai prestasi anak.
Ibu bapa pasti bangga melihat anaknya berprestasi cemerlang. Akan tetapi, harapan dan tuntutan yang tinggi kepada mereka boleh menciptakan suasana insecure. Daripada menegaskan anak untuk berprestasi, lebih utama jika memotivasi dan menghargai mereka.
Sentiasa bersyukur dengan setiap pencapaian diri anak dan tidak membandingkannya dengan anak-anak lain, kerana setiap anak mempunyai keistimewaan tersendiri. Selain itu, hargai keputusan dan keinginan anak selama tidak menyalahi agama, meskipun boleh jadi tidak sama dengan harapan ibu bapanya.
- Sedia mengaku salah dan meminta maaf daripada anak.
Suasana insecure sering dirasai oleh anak kerana teladan ibu bapa yang tidak pernah merasa salah, mahu menang sendiri, tidak mahu terima pendapat orang lain , dan selalu keras. Keadaan ini membuatkan anak-anak merasa tidak selesa berhadapan dengan ibu bapa.
Di hadapan ibu bapa, mereka cenderung menyembunyikan perasaannya dan melakukan hal sebaliknya di belakang. Apabila ada masalah, mereka juga cenderung tertutup, tidak mahu terbuka mengutarakannya kepada ibu bapa kerana sering dipersalahkan, bukan dibantu mencari penyelesaian.
Penting bagi ibu bapa mengubah penampilan dirinya menjadi individu yang bersahabat dengan anak, terbuka menerima pendapat, dan tidak malu meminta maaf apabila melakukan kesalahan, atau belum boleh memenuhi harapan mereka. Dengan begitu, anak akan merasa selesa kerana percaya bahawa ibu bapa mereka adalah individu manusiawi dan punya perasaan.
- Ingatkan selalu pentingnya mentaati Allah SWT.
Rahsia ketenangan dan keharmonian keluarga muslim adalah ketaatan kepada Allah SWT . Bukan kekayaan atau luasnya tempat tinggal, juga bukan fasiliti hidup yang boleh memberikan rasa secure, melainkan bersyukur kepada Allah SWT, zikir, solat, dan menjaga diri dari kemungkaran yang akan mendatangkan sakinah dalam hati keluarga tersebut. Allah SWT berfirman, “Dialah yang menurunkan sakinah ke dalam hati orang-orang yang beriman.” [TMQ al-Fath (48): 4].
Sumber: iwanjanuar[dot]com