NASIB PENGHALANG DAKWAH ISLAM YANG ANGKUH
Abu al-Asyad bin Kaldah, adalah seorang yang angkuh yang mengaku mengeluarkan harta yang banyak untuk memusuhi Rasulullah ﷺ, dimana dia berkata dengan riak dan sum’ah:
أنفقت مالاً كثيراً في عداوة محمد -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم-
“Aku telah mengeluarkan harta yang sangat banyak untuk memusuhi Muhammad ﷺ.”
Adakah harta bendanya tersebut membuahkan kebaikan? Tidak, justeru Allah menyifati pengakuannya mengeluarkan harta dengan sifat menghancurkan harta secara sia-sia:
يَقُولُ أَهْلَكْتُ مَالًا لُبَدًا {٦}
Dan dia mengatakan: “Aku telah menghabiskan harta yang banyak.” (TMQ Al-Balad [90]: 6)
Menariknya, al-Imam Syihabuddin al-Alusi (w. 1342 H) dalam tafsirnya (XXX/136) menjelaskan:
وأراد بذلك ما أنفقه رياء وسمعة وعبر عن الأنفاق بالإهلاك إظهارا لعدم الأكتراث وأنه لم يفعل ذلك رجاء نفع فكأنه جعل المال الكثير ضائعا
“Tujuan dari perkataannya itu bahawa harta yang dia keluarkan untuk menunjuk-nunjuk dan sum’ah, dimana perbuatan mengeluarkan harta diungkapkan (dalam ayat) dengan ihlâk (merosak harta), untuk menonjolkan tidak adanya kepedulian (pada harta), dan bahawa dia tidak melakukan demikian demi mengharapkan manfaat, seakan-akan dia menjadikan harta benda yang banyak itu hilang.”
Hilang yang tidak bernilai, kerana tidak meninggalkan jejak kebaikan, Maha Benar Allah yang berfirman:
فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً ۖ وَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الْأَرْضِ ۚ كَذَٰلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ {١٧}
“Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan.” (TMQ Al-Ra’d [13]: 17)
#muhasabah #refleksi