[Nafsiyah] Menghilangkan Keegoan
Penulis: Ustaz Yuana Ryan Tresna
Terdapat dua cebisan pesanan daripada Abu Hasan al-Syadzili Rahimahullahu yang semasa pengajian kitab at-Tanwir Jumaat lalu (4/8) diulang oleh guru kita, al-Murabbi al-Muhaddits Mahmud Said. Mamduh Hafizhahullahu:
Pertama,
ولا يصل أحد إلى منة الله إلا بغيبته عن نفسه وزهده فيها، مصروفة همته إلى مَحَابِّ الله تعالى، متوفرة دواعيه على موافقته، دائبًا على خدمته ومعاملته.
“Tiada seorang pun yang mendapat rahmat Allah SWT melainkan dengan menghilangkan egonya (merasakan diri yang terbaik) dan mengamalkan zuhud di dunia, mengarahkan tumpuan dan perhatiannya kepada Allah semata-mata, juga sentiasa berkhidmat dan bertaqarrub denganNya.”
Kedua,
أيها السابق إلى سبيل نجاته، الشائق إلى حضرة جنابه، أقلل النظر إلى ظاهرك إن أردت فتح باطنك لأسرار ملكوت ربك.
“Wahai orang yang pertama kali mencapai jalan kejayaan, yang sangat mendambakan kehadiran Zat yang dihormatinya, kurangkan melihat keadaan luaran anda jika anda ingin mata hati anda dibuka untuk melihat rahsia-rahsia kekuasaan RabbMu.”
Sumber: https://t.me/yuanaryantresna/