Liqa’ Muslimah bersempena kempen The Power Of Mother yang bertajuk Peranan Wanita Dalam Peradaban Islam yang disampaikan oleh Puan Suzana.
Diawal pembentangan dikongsikan mengenai bagaimana Islam memuliakan wanita sebagai seorang anak, isteri dan juga sebagai seorang ibu. Dengan kemulian yang diberikan kepada wanita dalam Islam maka ada peranan dan tanggungjawab yang perlu digalas. Sebagai seorang ibu dan isteri kewajiapan dan tugas utamanya ialah sebagai umumun wa rabbatul bait (ibu dan pengatur rumah tangga). Tugas dan peranan seorang wanita bukan hanya dirumah tetapi wanita juga ada peranan ditengah-tengah kehidupan masyarakat, iaitu sebagai dai’ berdakwah sesama kaum wanita dalam menyampaikan Islam. Dan wanita juga perlu berpolitik kerana politik (siasah) dalam Islam ialah mengatur urusan umat dengan aturan Islam.
Maka sosok teladan kita tentulah para sahabiyah dan generasi-generasi terdahulu yang mana telah terbukti para sahabiyah dan generasi terdahulu mereka berjaya menjadi sosok teladan sepanjang zaman sehingga berjaya melahirkan generasi emas yang gemilang. Oleh itu sebagai wanita perlu untuk kita memahami semula peranan dan tanggunjawab kita.
Dan diakhir pembentangan, satu pertanyaan yang ditinggalkan oleh pembentang iaitu “Apa sumbangan yang telah kita berikan untuk Islam?” untuk kita muhasabah diri kita dan fikirkan bersama-sama.