[TPOM] Peranan Ibu
Peranan seorang Muslimah dalam membina generasi menjadi umat terbaik dapat dilakukan secara individual mahupun komunal (berjemaah).
1. Secara individual – mendidik anak di rumah sebagai ummu wa rabbatul bayt yakni peranan sebagai ibu dan isteri di rumah.
Inilah peranan mendasar yang diberikan oleh Islam kepada kaum perempuan.
2. Secara komunal – membina generasi di ruang umum sebagai ibu generasi (ummu ajyal), kaum muslimah terus melakukan pembinaan di tengah-tengah umat sehingga muncul orang-orang yang berkeperibadian Islam, di mana aktiviti ini adalah bahagian dari dakwah. Peranan sebagai anggota masyarakat ini di antaranya adalah:
– Membina generasi dengan tsaqafah Islam
– Membangun kesedaran politik umat dan generasi
– Menanamkan kesedaran geopolitik Islam pada generasi
– Mencerdaskan generasi dengan bidang ilmu tertentu yang bermanfaat
Sumber: Geopolitik Ibu (Fika Komara & Tim Institut Muslimah Negarawan)
#tpom #ibumadrasahpertama #ibupencetakgenerasi #ibumithali
