Pendidikan Anak Pasca Lahir hingga Baligh
Ketika seorang anak lahir, Islam mengajarkan untuk mendidik dan mengembangkan aspek tauhid, antara lain dengan membacakan azan di telinga kanan dan igamat di telinga kirinya.
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.” (Surah an-Nahl: 78)
llmu pengetahuan moden membuktikan bahawa pancaindera manusia yang pertama kali berfungsi adalah pendengaran. Menurut hasil penelitian diketahui bahawa satu minit setelah kelahiran, bayi mulai dapat menangkap bunyi-bunyian yang membuatnya segera memalingkan wajah ke arah datangnya suara.
Islam menuntunkan, pendidikan berikutnya berupa pemberian nama yang baik, pemberian air susu ibu, dan penanaman keteladanan keperibadian Islam serta pemberian tuntunan untuk berumah tangga.
“Kewajipan orang tua terhadap anaknya adalah memberi nama yang baik dan mendidiknya dengan adab yang mulia.” (HR. Hakim)
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu;…” (Surah al-Baqarah: 233)
” Seorang anak hendaknya disembelihkan akikah setelah hari ke-7 dari kelahirannya dan diberi nama (dengan nama yang baik) dan dicukur rambutnya. Setelah anak tersebut mencapai umur 6 tahun, hendaknya dididik tentang sopan santun. Setelah berusia 9 tahun hendaknya dipisahkan tempat tidurnya. Dan bila telah mencapai usia 10 tahun, hendaknya dipukul bila meninggalkan solat. Kemudian setelah 16 tahun (dewasa) dinikahkan. Maka pada saat itu, ayah menjabat tangan anaknya dan mengatakan, ‘Saya telah mendidik, mengajar, dan menikahkan kamu. Kerana itu, saya memohon kepada Allah agar dijauhkan dari fitnah dunia dan azab di akhirat kelak’.” (Imam al-Ghazali, Ihya Ulumuddin)
– Ustaz M. Ismail Yusanto (Menggagas Pendidikan Islami)