Bersempena dengan kempen The Power of Mother, MHTM Kuala Lumpur telah berpeluang mengadakan aktiviti street dakwah di salah sebuah taman rekreasi di Kuala Lumpur.
Para pengunjung memberi kerjasama untuk mendengar penerangan daripada aktivis MHTM tentang tujuan kempen dan peri pentingnya peranan seorang ibu dalam mendidik anak agar menjadi seorang muslim yang mempunyai jati diri yang kuat. Selain itu, para aktivis juga menerangkan tentang cabaran yang dihadapi oleh para ibu masa kini untuk membesarkan anak.
Oleh yang demikian, para aktivis mengajak para pengunjung untuk sama-sama mengikuti majlis-majlis ilmu yang diadakan baik secara online mahupun offline bagi menambah ilmu untuk mendidik anak.