Ibu solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia
Wanita adalah hiasan dunia, namun perhiasan yang terbaik adalah wanita yang solehah,
“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR Muslim (715))
Demikian jugalah seorang ibu muslimah yang solehah adalah sebaik-baik perhiasan. Namun kesolehannya bermula dari peranannya sebagai isteri.
Rasulullah saw bersabda,
“Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, iaitu isteri solehah yang apabila dipandangnya akan menyenangkannya, apabila diperintahnya akan mentaatinya, dan bila ia pergi si isteri ini akan menjaga dirinya.” (HR Abu Dawud)
Maka berbahagialah wahai muslimah. Jagalah izzah diri dengan memelihara kesolehan kalian. Jadilah kalian wanita yang betambah iman dan takwa kepada Allah swt seiring bertambahnya peranan mulia kalian sebagai isteri dan ibu.