AISYAH BINTI ABU BAKAR ASH-SHIDIQ, UMMUL MUKMININ NAN CERDAS DAN KAYA ILMU
Oleh : Nabila Asy Syafii
MUQADIMAH
Semerbak harum namanya, tak lekang oleh waktu. Darinya diambil banyak ilmu sepanjang waktu. Wanita yang dijamin kesuciannya oleh Al Quran.
Dilahirkan di rumah yang penuh cahaya keimanan. Kedua orang tuanya adalah sahabat terbaik Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Dia tumbuh dalam bimbingan agama Islam yang mulia, sehingga tidak hairanlah jika budi pekerti yang luhur, akhlak mulia, terpancar kebaikan dalam setiap perbuatannya.
Dia adalah Sayyidah Umul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar Radhiallahu “anha.
SEKILAS SOSOK SAYYIDAH AISYAH BINTI ABU BAKAR
Mengupas tentang sosok Sayyidah Aisyah ra, secara terperinci tentu memerlukan banyak lembar-lembar buku, oleh kerana dalam media yang terbatas, kita mengenal sekilas tentang sosok beliau.
Sayyidah Aisyah tidak mengenal fasa kehidupan jahilayah, kerana ketika lahir ke dunia kedua orang tuanya telah memeluk Islam, yakni Abu Bakar As Shiddiq dengan Ummu Ruman bin Amir bin Uwaimir al-Kinaniyah radhiallahu ‘anha.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, dari Urwah bin az-Zubair bahawa Aisyah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata,
لم أعقل أبوي إلا وهما يدينان الدين
“Aku belumlah berusia baligh ketika kedua orang tuaku sudah memeluk Islam.”
Ini bermaksud, Ketika Sayyidah Aisyah lahir, cahaya Islam telah menyinari bumi.
Oleh kerana itu, Aisyah lahir dalam keadaan Islam, pada tahun 9 sebelum Hijrah. Aisyah ra, memiliki nama kun-yah Ummu Abdullah dan laqobnya adalah ash-Shidqiyah. Sayyidah Aisyah ra adalah salah satu dari isteri baginda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam maka beliau juga dipanggil dengan ummul mukminin (ibunya orang-orang beriman). Nabi sering memanggilnya dengan panggilan kesayangan Humaira.
Sayyidah Aisyah ra tumbuh dalam lingkungan keluarga yang sangat mahir dalam sastera, ayahnya yakni Abu Bakar As Shiddiq dikenal sangat fasih berbicara, menguasai nasab bangsa Arab, dan menguasai peristiwa – peristiwa besar yang terjadi dalam sejarah masyarakat Arab. Oleh kerana itu tak hairan jika Aisyah ra pun menguasai sastera Arab dan fasih dalam bertutur kata.
Abu Umar bin Abdul Barrrahimahullah berkata,” pada masanya nyaris tidak ada yang menandingi Aisyah dalam 3 bidang keilmuan : ilmu fikh, perubatan, dan puisi.”
Imam Adz-Dzahabi berkata,” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menikah dengan Aisyah setelah Khadijah ra wafat. Beliau menikah dengan Aisyah dan Saudah ra dalam waktu yang bersamaan, namun serumah dengan Saudah ra terlebih dahulu selama tiga tahun, kemudian baru serumah dengan Aisyah ra pada bulan Syawal setelah peristiwa Perang Badar. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah menikah dengan gadis perawan selain Aisyah. “
Setelah Rasulullah Saw mandapat izin dari Allah SWT untuk hijrah ke Madinah, untuk membangun negara Islam yang penuh berkah. Maka beberapa waktu kemudian keluarga Nabi dan juga keluarga Abu Bakar menyusul ke Madinah, termasuk Aisyah. Rambongan mereka dipimpin oleh Abdullah bin Abu bakar.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mula berumah tangga dengan Aisyah ra. Kota Madinah pun turut merasa bahagia dan senang. Setelah sebelumnya mendapatkan kemenangan di Perang Badar. Pernikahan ini dilaksanakan di bulan Syawal tahun ke-2 H. Maka, sejak saat itulah, Aisyah hidup bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam membina rumah tangga bersama suami terbaik dunia dan akhirat.
LUASNYA ILMU UMMUL MUKMIN AISYAH BINTI ABU BAKAR
Keluasan ilmu Ummul Mukminin Aisyah ra tidak diragukan lagi. Seorang ulama wanita yang kesuciannya diumumkan dari tujuh lapis langit. Meski usianya sangat muda ilmunya telah merambah memenuhi sudut-sudut bumi. Dalam meriwayatkan hadis Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam Aisyah ra adalah perawi ulung. Banyak hadis diriwatkan darinya.
Az Zuhri berkata. ” Jika ilmu Aisyah dibandingkan dengan ilmu yang dimiliki oleh seluruh wanita lainnya, maka ilmu Aisyah lebih unggul.”
Atha bin Abi Rayah berkata, “Aisyah radhiallahu ‘anha adalah orang yang paling fakih (faham agama). Seorang yang paling baik pandangannya dalam permasalahan umat.”
Abu Musa al-Asy’ari radhiallahu ‘anhu berkata, “Tidaklah kami para sahabat Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam bingung dalam suatu hadis, nescaya kami bertanya kepada Aisyah, dan pasti kami dapati pengetahuan padanya tentang hal itu.”
Seorang tokoh tabi’in dan anak saudara Aisyah, Urwah bin az-Zubair berkata, “Aku tak pernah melihat seseorang yang paling tahu tentang halal dan haram. Tentang ilmu, syair, dan ilmu perubatan melebihi Aisyah Ummul Mukminin radhiallahu ‘anha.”
Masruq berkata, ” Aku melihat sahabat- sahabat utama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya tentang masalah faraidh ( pembahagian warisan) kepada Aisyah ra.”
Aisyah ra, adalah seorang mujtahid, pandangan-pandangannya tajam, pemahaman terhadap masalah-masalah usuluddin ( pokok-pokok agama) dan ayat-ayat Al Quran yang paling rumit sekalipun sangat mendalam.
Aisyah ra juga pandai membaca, di tengah-tengah masyarakat yang masih jarang memiliki kemahiran ini, maka Aisyah ra salah satu wanita yang menguasainya.
Urwah berkata kepada Aisyah ra,” Wahai ibundaku, aku tidak hairan dengan pemahamanmu yang mendalam tentang masalah-masalah agama. Bagaimana tidak, engkau adalah isteri Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam dan putri Abu Bakar. Aku juga tidak hairan dengan pengetahuanmu yang luas tentang puisi. Bagaimana tidak, engkau adalah putri Abu Bakar yang dikenal menguasai pengetahuan sosial masyarakat. Tapi aku hairan dengan pengetahuanmu tentang ilmu perubatan. Bagaimana hal ini boleh berlaku, dan dari mana engkau mempelajarinya?
Aisyah berkata, ” Wahai Urwah, Rasulullah sakit cukup lama di masa akhir hidupnya. Saat itulah banyak delegasi dari berbagai kabilah Arab yang menemui beliau, lalu mereka menjelaskan beberapa ubat untuk membantu kesembuhan Nabi. Dan akulah yang mempraktikkannya untuk mengubati beliau. Dari situlah aku mengenal ilmu perubatan.”
Hisyam menuturkan bahawa ayahnya berkata, ”Aku belajar kepada Aisyah ra. Aku tidak pernah menemui orang yang lebih memahami tentang ayat-ayat Al Quran, kewajipan agama, sunnah, puisi, kekuatan riwayat, peristiwa-peristiwa besar yang dialami oleh bangsa Arab, dan begini, begitu, kehakiman, dan perubatan daripada Aisyah ra. Aku pernah bertanya kepadanya, “Wahai ibu saudara, dari mana engkau belajar perubatan?” Aisyah ra menjawab, ” ketika aku sakit, Rasulullah mengajariku cara mengubatinya, lalu ketika beliau sakit, banyak orang yang memberitahu tentang cara menyembuhkannya. Aku juga mendengar orang-orang membicarakan ubat yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit yang mereka alami. Semua itu aku kuasai dengan baik.”
Sayyidah Aisyah ra, banyak di datangi oleh para wanita untuk belajar ilmu agama darinya. Ini membuktikan bahawa para muslimah di masa itu sangat memperhatikan masalah ilmu. Ini juga salah satu bukti bahawa, wanita sangat dimuliakan oleh Islam. Kerana adalam ajaran Islam, semua manusia dihadapan Allah SWT sama, yang membezakan adalah tingkat takwanya.
Demikanlah Ummul Mukminin Aisyah membahagikan ilmu dan mengajarkan ilmu agama kepada kaum muslimin , baik lelaki atau perempuan yang bersemangat untuk menuntut ilmu.
KHATIMAH
Dari kisah ini, kita boleh mengambil pelajaran, bahawa Islam memberikan kesempatan yang luas bagi siapapun untuk menuntut Ilmu, termasuk kepada wanita, bahkan menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap Muslim, khususnya ilmu-ilmu yang terkait dengan ilmu agama, ilmu- ilmu terkait pelaksanaan fardhu ‘ain juga Fardhu kifayah.
Dalam perjalanan sajarah Islam, Ummul Mukminin adalah pelopor para muslimah yang bersemangat menuntut ilmu dan mengajarkannya kembali. Hingga akhirnya banyak sekali muslimah yang tidak hanya menguasai ilmu-ilmu yang bersifat fardhu ‘ain, tetapi juga menguasai ilmu-ilmu yang terkategori fardhu kifayah, semisal menjadi ahli hadis , ahli fiqh, ahli perubatan, dsb.
Islam tidak mengenal emansipasi (pemerkasaan). Namun Islam sungguh memuliakan wanita. Maka sebagai manusia, wanita dan lelaki memiliki hak dan kewajipan yang sama. Misalnya dalam soal menuntut ilmu, mengemban dakwah, terikat kepada hukum-hukum Allah, dan kewajipan-kewajipan yang lainnya, maka Islam mewajibkan baik kepada lelaki mahupun wanita. Kerana adalam ajaran Islam, semua manusia dihadapan Allah SWT sama, yang membezakan adalah tingkat takwanya.
Namun, sebagai manusia yang diberi oleh Allah SWT kudrat yang berbeza antara lelaki dan wanita, maka tentu Islam mengatur akan keberlangsungan kehidupan yang harmoni di tengah masyarakat dan keluarga. Maka Islam memberikan kewajipan dan hak yang berbeza antara lelaki dan wanita. Misalnya, lelaki, kudratnya sebagai lelaki maka ada kewajipan menafkahi. Menjadi penguasa (misal Khalifah, wali, dst ), amirul jihad, dsb. Sementara wanita dengan kudrat sebgai wanita berhak untuk dinafkahi. Dan dilarang menjadi khalifah, wali, Amirul jihad, dan seterusnya, yang terkait dengan kekuasaan.
Oleh kerana itu, ketika aturan Islam diterapkan secara kaffah di muka bumi ini, boleh dipastikan bahawa ia akan mambawa kepada kebaikan, kemuliaan, keberkahan dan rahmat bagi segenap alam. Namun sebaliknya, jika aturan Islam dicampakkan, maka kehinaan dan kehancuran akan dirasakan oleh segenap makhluk di bumi. Baik cepat atau lambat. Insyaallah.