Tanpa Khilafah, Wanita dan Kanak-kanak Sudan Diabaikan oleh Dunia
Berita:
BBC telah melaporkan krisis Sudan semasa, bahawa jumlah rakyatnya yang dipindahkan telah meningkat kepada lebih daripada 700,000. Serangan udara dan pertempuran darat berlaku terus menerus di ibu negara Khartoum, manakala seluruh kawasan kejiranan menjadi kosong rentetan penduduk lari meninggalkan kediaman mereka. Paul Dillon, jurucakap Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi PBB berkata, orang ramai telah kehabisan wang tunai, dan bekalan asas seperti bahan api. “Mesin ATM tidak dapat digunakan dan sistem perbankan juga tidak berfungsi. Bahan api juga sukar diperoleh dan mahal,” tambahnya.
Ulasan:
Perjuangan mendesak orang awam untuk menyelamatkan diri dari keganasan dan pelanggaran undang-undang yang sedang melanda wilayah Sudan, merupakan realiti yang sedang dihadapi oleh beribu-ribu wanita dan kanak-kanaknya. Dalam laporan PBB, Olga Sarrado memberitahu wartawan di Geneva bahawa kebanyakan daripada tujuh negara jiran sudah menjadi tuan rumah kepada sejumlah besar pelarian dan penduduk yang dipindahkan secara internal.
“Majoriti masih kekurangan dana. Negara suaka akan memerlukan sokongan tambahan untuk memberikan perlindungan dan bantuan. Antara keperluan mendesak yang diperlukan adalah air, makanan, tempat tinggal, penjagaan kesihatan, barangan bantuan, tindakan dan pencegahan keganasan berasaskan jantina, serta perkhidmatan perlindungan kanak-kanak.”
Dengan situasi orang awam yang terus terperangkap dalam pertempuran antara pasukan militer yang berperang (yang mana kebanyakannya berlaku di kawasan bandar ), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa “ramai akan mati” disebabkan kekurangan perkhidmatan penting, serta risiko wabak penyakit. Demikian kenyataan oleh Timbalan Jurucakap PBB Farhan Haq, dalam taklimat umum di New York pada hari Selasa.
ReliefWeb pula melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 450,000 kanak-kanak terpaksa meninggalkan rumah mereka.
Sungguh memalukan tatkala banyaknya nyawa memerlukan akses rawak kepada bantuan, namun hanya mereka yang mampu sampai ke pusat bantuan saja yang akan mendapat manfaatnya. Ini bukanlah keadaan yang dibenarkan berlaku dalam Islam.
Dari ‘Uthman bin ‘Affan r.a., beliau berkata: Nabi saw bersabda, “لَيْسَ لِابْنِ آدَمَ حَقٌّ فِي سِوَى هَذِهِ الْخِصَالِ: بَيْتٌ يَثُرْكُونَ عَوْرَتَهُ وَجِلْفُ الْخُبْزِ وَالْمَاءِ» “Tidak ada bagi seorang anak Adam itu suatu hak selain pada perkara-perkara ini: Sebuah rumah yang dia tinggal di dalamnya, sehelai pakaian yang menutup auratnya, sepotong roti dan sebejana air.” [HR At-Tirmidzi]
Justeru, kita sebagai Ummah tidak boleh berdiam diri dan berpuas hati, serta menerima solusi rambang pembahagian hak-hak kemanusiaan ini seolah-olah ianya normal (boleh diterima). Kita mesti memandang sesama kita sebagai satu persaudaraan, dan bersama bekerja untuk mengembalikan institusi Khilafah yang merupakan perintah Allah (swt). Hal ini supaya apa yang menjadi hak bagi setiap insan dan seluruh makhluk ciptaan Allah (swt) dapat dilaksanakan (berdasarkan aturan syariat).
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Imrana Mohammad
Ahli Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
https://www.hizb-ut-tahrir.info/…/news…/24620.html…