Toksik Barbie
Racun Keempat Filem BARBIE
Berpakaian silang (cross-dressing) & fesyen
Gaun dan skirt umumnya dikaitkan dengan wanita, sedangkan seluar panjang dan tux/sut merupakan ciri khas pakaian lelaki. Penting untuk difahami bahawa norma pakaian dan peranan gender telah bergeser seiring berjalannya waktu, demikian juga pemahaman tentang gender itu sendiri.
Namun, bentuk perilaku berpakaian silang (cross-dressing) diakui sebagai gangguan psikologi yang disebut Transvestic Disorder menurut The American Psychiatric Association. Mengingat ‘revolusi’ identiti gender secara keseluruhan–yang masih mencari-cari jawapan atas pertanyaan-pertanyaan mendasar seperti ‘Apa itu perempuan?’–tidak menghairankan bahawa ada dorongan yang muncul dari keserakahan golongan korporat untuk mencipta fesyen yang neutral gender.
Jika Barbie merupakan salah satu “kenderaan” utama untuk perubahan ini, maka bahan bakarnya pasti disediakan oleh industri fesyen. Penjenama dan pereka fesyen secara aktif berusaha untuk menentang norma-norma gender tradisional dalam rangka membuat masyarakat lebih terbuka terhadap beragam ekspresi identiti gender. Pada tahun 2023, industri fesyen global bernilai $1. 7trilion.
✍🏼 Sumber: Terjemahan artikel Dr. Abdul Baseer (Pakistan) berjudul “Budaya Barbie: Pemerkasaan atau Perhambaan Pemikiran Anak Muda?”