Empat Faktor Pemicu Krisis Mental Dikalangan Kanak-kanak di Negara Sekular
(Faktor 1) Marginalisasi Agama dari Masyarakat
Jumlah anak-anak yang mengalami krisis kesihatan mental di England telah mencapai rekod tertinggi, menurut analisis data NHS yang dilakukan oleh badan amal kesihatan mental Young Minds yang diterbitkan pada bulan Ogos. Data ini mengungkapkan bahawa jumlah kanak-kanak dan remaja yang menjalani rawatan atau dalam senarai menunggu untuk memulai rawatan telah mencecah rekod baru dengan 466,230 rujukan terbuka ke perkhidmatan kesihatan mental kanak-kanak dan remaja pada bulan Mei.
England bukanlah satu-satunya negara yang menderita krisis kesihatan mental di kalangan kanak-kanak dan remaja. Ada keadaan darurat kesihatan mental yang mempengaruhi kanak-kanak di negara-negara sekular di seluruh dunia. Sebuah kajian berjudul, “National Trends in Mental Health-Related Emergency Department Visits Among Youth 2011-2020”, menemukan bahawa selama 10 tahun, purata kunjungan kanak-kanak ke IGD disebabkan alasan kesihatan mental di Amerika telah meningkat dua kali ganda, termasuk peningkatan jumlah 5 kali ganda untuk rujukan terkait tindakan bunuh diri.
Lantas apa yang mendorong pertumbuhan eksponensial dari masalah kesihatan mental di kalangan generasi muda di negara-negara sekular seluruh dunia ini?
Masalah kesihatan mental disebabkan oleh banyak faktor, termasuk kesihatan fizikal yang buruk. Namun, kita perlu menyoroti keyakinan, nilai-nilai, gaya hidup, dan sistem dari cara hidup (way of life) sekular yang tidak diragukan lagi merupakan pendorong utama di sebalik krisis kesihatan mental di kalangan kaum muda ini.
Faktor pertama, negara-negara sekular telah semakin memarginalisasikan agama di dalam masyarakatnya sehingga menyebabkan kekosongan spiritual dalam diri individu-individu, ketiadaan pemahaman tentang tujuan hidup yang sebenarnya, serta kebingungan dan ketidakpastian dalam cara memandang serta menangani masalah-masalah dalam hidup mereka dengan benar. Secara semulajadi, manusia mempunyai naluri untuk menyembah Zat Yang Maha Tinggi yang memberi mereka petunjuk dan jawapan tentang apa erti hidup ini dan bagaimana menjalani hidup dengan sebaik-baiknya.
Sistem apapun yang mengesampingkan atau cuba menghapuskan naluri ini dengan sendirinya akan menimbulkan rasa hampa dan gejolak mental pada diri individu setiap manusia. Selain itu, tidak adanya arah hidup yang jelas juga akan menabur benih kebingungan dan kesengsaraan.
✍️ Dr. Nazreen Nawaz dalam artikelnya https://hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/2017-01-28-14-59-33/news-comment/25041.html