Empat Faktor Pemicu Krisis Mental dikalangan Kanak-kanak di Negara Sekular
(Faktor 3) Kebebasan Liberal yang Merosakkan
Ketiga, kebebasan-kebebasan liberal sekular yang mendorong individu untuk mengejar keinginan dan hasratnya telah mewujudkan gaya hidup hedonistik yang mengarah pada ketagihan dadah dan alkohol di kalangan banyak remaja. Mereka juga memperburuk masalah seperti buli, dengan mewujudkan kepribadian yang hanya bertindak berdasarkan apa yang membuat mereka merasa senang atau memberikan keuntungan bagi diri mereka sendiri.
Lebih lebih lagi, kebebasan seksual liberal telah menghancurkan struktur keluarga dan menyebabkan begitu banyak retaknya hubungan kekeluargaan, serta menyebabkan kecelaruan besar dalam isu identiti gender. Tidak diragukan lagi, semua ini telah menyebabkan gejolak psikologi yang dahsyat di kalangan generasi muda.
Beberapa pihak menyalahkan pandemik Covid sebagai penyebab krisis kesihatan mental di kalangan kanak-kanak. Namun, banyak akademia yang telah mencatat bahawa pandemik ini hanya memperburuk permasalahan kesihatan mental yang sudah ada, bahkan dengan angka bunuh diri di kalangan kanak-kanak yang terus meningkat sebelum adanya Covid.
Misalnya, di Amerika, jumlah anak berusia 6-12 tahun yang mengunjungi hospital/klinik kanak-kanak kerana mempunyai perasaan untuk bunuh diri atau menyakiti diri sendiri telah meningkat lebih dari dua kali ganda (115%) antara tahun 2016-2019 (Children’s Hospital Association). Ini terjadi sebelum pandemik melanda.
Tercatat 1.4 juta kanak-kanak dan remaja di England mendapatkan bantuan NHS untuk masalah mental pada tahun lalu. Faktanya, menurut angka NHS, jumlah kanak-kanak usia sekolah yang dirujuk ke perkhidmatan kesihatan mental bagi kanak-kanak dan remaja mengalami “ledakan” dalam 3 tahun terakhir, melonjak 79% sejak tahun 2019. Hal ini untuk masalah seperti depresi, anxiety, gangguan makan, menyakiti diri sendiri, dan bunuh diri.
✍️ Dr. Nazreen Nawaz dalam artikelnya https://hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/2017-01-28-14-59-33/news-comment/25041.html