Konspirasi Merebut Palestin Dari Khilafah Uthmani
Kekalahan Khilafah ‘Uthmaniyah dalam Perang Dunia I mengakibatkan wilayah di Timur Tengah diserahkan kepada Inggris dan Perancis di bawah Perjanjian Sykes-Picot. Perjanjian ini membahagi kawasan Arab menjadi beberapa wilayah. Iraq dan Palestin termasuk wilayah Jordan ada di bawah kekuasaan British.
Baik bangsa Arab mahupun Yahudi sama-sama berjasa kepada British dalam Perang Dunia I, sehingga mereka berjaya mengalahkan Jerman dan Khilafah ‘Uthmaniyah. Setelah perang selesai, pihak Arab meminta wilayah yang dulu dikuasai Khilafah ‘Uthmaniyah, termasuk Palestin sepenuhnya menjadi milik Arab. Tapi pihak Yahudi juga meminta pada British yang dulu menjanjikan seluruh Palestin (termasuk Jordan yang dulu belum ada) untuk diserahkan pada bangsa Yahudi. Kedua pihak berkeras memiliki bukti perjanjian tentang Palestin yang dijanjikan oleh British, iaitu koresponden antara Sir Henry MacMahon dan Hussein bin ‘Ali (gabenor Mekah).
Ketika Khilafah ‘Uthmaniyah masih menguasai wilayah Arab dan Palestin, Hussein bin ‘Ali bekerja sama dengan British untuk melakukan Revolusi Arab Raya demi mengalahkan Khilafah ‘Uthmaniyah. Tahun 1915 terjadilah koresponden antara Henry MacMahon dan Hussein bin ‘Ali, yang meminta wilayah Arab termasuk Palestin untuk menjadi miliknya. Dari koresponden itu Hussein mengira, bahawa Palestin termasuk wilayah yang akan diberikan kepada Arab.
Tapi pemerintah British menyangkal dan menyatakan, bahawa semua wilayah yang akan dikembalikan tidak termasuk Palestin. Dalam perjanjian itu disebutkan, bahawa wilayah yang bukan murni Arab tidak termasuk dalam perjanjian itu. British menganggap, bahawa Palestin bukan murni Arab walaupun ketika itu majoriti penduduk Palestin bangsa Arab. Hal ini membuat Arab Palestin merasa dikhianati oleh British. Bahkan kemudian pada 2 November 1917 British bertekad untuk menyerahkan wilayah Palestin kepada Yahudi melalui deklarasi Balfour.
Oleh: KH. Hafidz Abdurrahman, MA (Kembalinya Syria Bumi Khilafah Yang Hilang)