[Nafsiyah] Solusi bagi Palestin
Penulis: Doni Riwayanto
Ratusan tan bantuan makanan, pakaian, dan ubat-ubatan dikirimkan ke Palestin. Tahun demi tahun bantuan sebegitu terus dikirimkan, tetapi masalah Palestin tidak kunjung reda. Mengapa?
Pelbagai permasalahan menumpuk di sana. Bermula dari ketiadaan air bersih, krisis ketiadaan makanan, keperluan selimut pada saat musim dingin, ubat-ubatan yang tidak mencukupi, dan sebagainya.
Masalah sebanyak itu sesungguhnya hanyalah masalah cabang yang berpangkal pada satu permasalahan utama, iaitu penjajahan oleh Israel.
Oleh kerana itu, walaupun banyak makanan, ubat, pakaian, dan lain-lain dihantar ke sana tetap tidak akan menyelesaikan masalah utamanya, iaitu pendudukan oleh Israel.
Sebaliknya, masalah kekurangan makanan, ubat-ubatan, dan pakaian itu akan hilang ketika permasalahan utamanya dicabut, iaitu melenyapkan entiti penjajah zionis dari bumi Palestin.
Namun, penghapusan entiti zionis itu hanyalah utopia jika kita hanya berharap kepada para pemimpin negara muslim pada saat ini.
Negara-negara muslim saat ini berbentuk nation state (negara bangsa) yang hanya mahu menguruskan kepentingan bangsanya sendiri. Bagaimana dengan kepentingan bangsa Palestin? Biarkan, itu urusan mereka. Nation state merasakan cukup dengan mengirimkan bantuan berbentuk makanan saja.
Ini semakin parah dengan realiti bahawa majoriti negeri-negeri muslim semuanya sekular, mengabdikan diri dan takut pada Amerika yang secara terang-terangan melindungi Israel.
Harapan Palestin hanya satu, iaitu kekuatan muslim global yang mampu terlepas dari dominasi Amerika, iaitu Khilafah Islamiyyah. Hanya jihad dari Khilafah yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Israel.
Amerika, Israel, dan Eropah sangat memahami bahawa hanya kekuatan global Khilafah yang mampu membebaskan kaum muslim dari dominasi mereka.
Jadi, sangat wajar jika Barat melakukan propaganda memburukkan Khilafah. Sebaliknya yang tidak wajar adalah muslim yang menjadi agen Barat dan membenci perjuangan penegakan Khilafah.
Apakah solusi yang benar bagi Palestin? Tegakkan Khilafah agar jihad penaklukan Israel bukan hanya angan-angan semata-mata.
Sumber: Telegram @doniriw_channel