[FIKRUL ISLAM] Pemikiran dan Teori-Teori yang Salah Mengenai Perubahan (Bahagian 1)
Penulis: Syeikh Ahmad Athiyat
Golongan intelektual umat ini yang menjadi doktor penyembuh yang berteraskan pemikiran, telah mencuba pelbagai jenis ubat dan solusi untuk mengubati penyakit umat, tetapi mereka menemui kegagalan dalam usaha membangkitkan umat daripada penyakit-penyakit yang menghalangnya mendapatkan kembali kemajuan dan hampir membawa dan membimbingnya ke ambang kehancuran. Realiti pahit dan pekat yang terus menyelubungi kehidupan kita adalah bukti selanjutnya menunjukkan kegagalan mereka.
Jika kita meneliti dengan lebih mendalam semua faktor-faktor asas yang membawa kepada kegagalan doktor, kita akan mendapati bahawa faktor tersebut tidak lebih daripada salah satu dari dua faktor asas berikut.
Pertama, tiada pemahaman yang benar tentang penyakit yang menimpa umat ini sehingga mereka tidak dapat memberikan ubat dan solusi yang benar. Kedua, mereka mampu mendiagnosis penyakit dan mengetahui ubatnya tetapi mereka tidak memberi ubat kepada pesakit (umat ini) dengan minum dan cara yang betul. Mereka mestilah memberi ubat itu melalui mulut tetapi sebaliknya mereka memberikannya melalui kemaluan, mereka juga mesti memberi ubat itu tiga kali sehari tetapi mereka memberinya sekali sehari atau sepuluh kali dan sebagainya.
Oleh kerana itu, kita mesti membincangkan ubat yang berkesan dan solusi yang sesuai serta berkeyakinan kuat terhadap ubat tersebut sebelum kita membuat kesimpulan penyelesaian untuk umat. Malah, ubat itu mesti telah diuji secara muktamad dan memastikan keberkesanannya, sebelum kita menawarkannya kepada umat. Hal ini kerana tidak tidak ada lagi yang tinggal pada umat yang fakir ini kerana banyaknya ujian yang telah dilakukan ke atas mereka, urat-urat dan otot-otot yang kuat atau apa-apa lagi yang layak untuk dijadikan tempat menguji dan memasukkan jarum, disebabkan itu cukuplah umat ini menderita dan sakit. Inilah yang membuatkan umat menolak sebarang ubat yang belum terbukti khasiat dan manfaatnya dengan metod yang pasti yang menunjukkan bahawa ini adalah satu-satunya ubat penawar dan tiada ubat lain selain itu yang akan menyembuhkan umat.
Dari titik permulaan ini, secara pasti saya berpendapat—sebelum menerangkan ubat penyembuh yang pasti keberkesanannya—untuk mengingatkan umat tentang beberapa penyembuhan yang sebelum ini diuji dan menemui kegagalan, walaupun sebahagian ubat itu—walaupun telah nyata kegagalannya—sentiasa digembar-gemburkan dan dihebatkan di antaranya ialah:
1. Kebangkitan umat dengan ekonomi.
Sesetengah orang berpendapat—dan mereka masih berfikir—bahawa punca kemerosotan dan kemunduran umat seperti yang telah kita nyatakan berlaku akibat kemunduran dalam bidang ekonomi dan kekurangan harta kekayaan, dan kadar peningkatan yang kecil dalam pendapatan negara (bangsa) dan individu, serta kekurangan sumber-sumber ekonomi dan tidak memenuhi pelbagai pengeluaran perindustrian. Mereka menyatakan bahawa prinsip yang pasti boleh membawa kepada kebangkitan itu adalah aktiviti yang dijalankan bagi merealisasikan kemajuan dalam bidang ekonomi. Untuk menjelaskan kerosakan kepada pemikiran seperti ini kami menjelaskan seperti berikut:
a. Sebenarnya, Amerika yang merupakan kuasa besar di dunia hari ini, tidak bangkit atas dasar ekonomi atau yang sebagainya, kerana Amerika—sehingga hari kemerdekaan dan kebangkitannya—hanyalah menjadi tanah jajahan British di mana British mengeksploitasi semua hasil terbaik dan kekayaan alam dan keadaan itu terus berterusan sehingga Amerika bangkit. Selepas beberapa tahun kebangkitan negara, kemajuan mula dilihat dalam bidang ekonomi, perindustrian dan ketenteraan. Jadi bagaimanakah Amerika boleh bangkit, sedangkan ekonominya lemah?
b. Malah, empayar Rusia menjadi negara paling lemah dalam bidang ekonomi dan keadaan berterusan seperti itu sehingga sistem empayar yang selama ini mengawasinya berubah selepas beberapa tahun yang panjang, sejak kedatangan sistem baru, kemajuan ekonomi di Rusia mula kelihatan, bagaimana ia boleh bangkit, sedangkan pada masa itu ia mengalami kemerosotan ekonomi?
c. Jika kekayaan, kemiskinan, peningkatan pendapatan negara dan individu menjadi penanda aras kemajuan ekonomi, bukahkah sepatutnya seperti negara-negara Teluk dan Arab Saudi menjadi negara yang paling maju berbanding negara-negara lain yang telah bangkit? Mengapa negara-negara Eropah boleh bangkit, sedangkan negara-negara Arab tidak?
Contoh-contoh yang dikemukakan di atas menjelaskan rosaknya pemikiran yang menyatakan bahawa ekonomi boleh menjadi asas kebangkitan. Oleh itu, pemikiran yang benar yang mesti difahami ialah kemajuan dalam bidang ekonomi adalah salah satu pengaruh kebangkitan dan merupakan salah satu hasil daripada hasil kebangkitan bukannya menjadi punca atau prinsip asas kebangkitan itu. Kemajuan ekonomi mestilah menjadi hasil daripada sebuah kebangkitan, jika tidak, ia ibarat pakaian yang dipinjam yang di belakangnya tersembunyi kemiskinan, kelaparan dan kemelaratan, tidak ada yang disebut kemajuan kecuali apabila di situ ada akar yang kukuh dan kuat, jika tidak, maka ia seperti seorang Badwi yang dipakaikan kepadanya pakaian orang kota sehingga tampak pada zahirnya sebagai seorang kota, tetapi sifat badwinya itu tampak ketika dia pertama kali memakai pakaian tersebut dan apabila tudung palsu terkoyak, begitu juga dengan kemajuan ekonomi.
Apa sebenarnya yang akan berlaku jika negara-negara besar memutuskan untuk memukul harga minyak Arab atau mereka negara-negara besar mampu dalam pelbagai cara untuk tidak membeli minyak itu? Apa yang tampak berlaku ialah hilangnya tanda-tanda kemajuan ekonomi tersebut kerana kemajuan ini tidak berdiri tegak di atas asas yang kuat.
Sumber: Syeikh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)
#FikrulIslam #Pemikiran #Teori #Perubahan