Mewujudkan Perisai Umat
Sampai saat ini, sudah ribuan kaum muslim di Gaza Palestin dibantai secara keji oleh Zionis Yahudi. Di media sosial bertebaran foto-foto dan video-video mengerikan ribuan korban yang berjatuhan. Termasuk foto-foto dan video-video kanak-kanak dan bayi-bayi yang amat menyayat hati. Banyak yang cedera parah, kepala pecah dan wajah berlumuran darah. Banyak yang kakinya putus dan tangannya lepas dari tubuhnya. Beberapa bayi bahkan kepalanya tercabut dari badannya. Semua akibat bom-bom yang dijatuhkan secara membabi-buta dan tanpa henti oleh Zionis Yahudi di Gaza sejak lebih dari dua pekan lalu.
Pemimpin Dunia Kembali Bungkam
Menyaksikan pembantaian keji atas umat Islam untuk ke sekian kalinya, para pemimpin dunia kembali bungkam. Hanya sedikit yang bersuara. PBB dan lembaga-lembaga hak asasi manusia dunia juga lebih banyak diam. Demikian pula para penguasa muslim. Mereka seolah-olah buta dan tuli, padahal jelas Allah Swt, telah berfirman:
مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا
“Siapa saja yang membunuh satu orang, bukan kerana orang itu membunuh orang lain, atau membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan ia telah membunuh seluruh manusia.” (TMQ Al-Maidah [5]: 32).
Apalagi jika yang terbunuh adalah seorang muslim. Ini jauh lebih dahsyat dibandingkan dengan kehancuran dunia ini. Demikian sebagaimana sabda Rasulullah saw.,
لَزَوَالُ الدُّنْيَا أَهْوَنُ عِنْدَ اللهِ مِنْ قَتْلِ رَجُلٍ مُسْلِم
“Kehancuran dunia ini lebih ringan di sisi Allah dibandingkan dengan pembunuhan seorang muslim.” (HR At-Tirmidzi dan An-Nasa’i).
Oleh kerana itulah, ketika ada seorang pedagang muslim yang dibunuh beramai-ramai oleh kaum Yahudi Bani Qainuqa, kerana membela kehormatan seorang muslimah yang dilecehkan oleh pedagang Yahudi, Rasulullah saw., sebagai ketua negara Islam, segera mengirim para Sahabat untuk memerangi mereka dan mengusir mereka dari Madinah setelah mengepung perkampungan mereka selama 15 malam (Sîrah Ibnu Hisyâm, 3/9-11).
Korban ‘Ashabiyyah!
Tragedi Gaza hanyalah pengulangan belaka dari ratusan, bahkan ribuan tragedi yang menimpa umat Islam di sejumlah negara di seluruh dunia. Persoalannya, mengapa para penguasa muslim dan Arab tidak bergerak sedikit pun untuk membela warga Palestin, khususnya Gaza? Mengapa mereka tidak segera mengirimkan ratusan ribu tenteranya untuk menggempur pasukan Zionis Yahudi?
Jawapannya,
Pertama, inilah kesan buruk sikap ‘ashabiyyah dalam bentuk nasionalisme. Akibatnya, para penguasa muslim hanya mementingkan negeri mereka masing-masing. Mereka tidak peduli atas tragedi yang terjadi di Palestin, juga di sejumlah negeri muslim lainnya.
Betapa buruk ‘ashabiyyah dalam bentuk nasionalisme ini diakui juga sejak dulu oleh Leftenan Jeneral Sir John Glubb (‘Glubb Pasha’), yang pernah memimpin Arab Legion (1938-1956). Sebagaimana dinukil dalam Buku The Changing Scenes of Life-An Autobiography: Sir John Glubb (Quartet Books, hlm. 54), dia tegas menyatakan, “Nasionalisme adalah satu kecelakaan (bagi Dunia Islam, pen.) yang sengaja dibawa masuk dari Eropah.”
Palestin secara tidak langsung adalah korban pertama dari buruknya nasionalisme (juga nation-state) ini di Dunia Islam. Ini kerana, sejak wilayahnya dirampas oleh Yahudi pada 1948 hingga kini, kaum muslim Palestin nyaris berjuang sendirian. Para penguasa negara-negara Arab yang berada di sekelilingnya seolah tidak tergerak pun. Diam saja. Enggan melakukan pembelaan, padahal sudah tidak terhitung darah kaum muslim Palestin ditumpahkan oleh Zionis Yahudi sejak 75 tahun lalu.
Kedua, kebanyakan para penguasa muslim dan Arab adalah ejen Barat, khususnya AS. Wajar jika mereka cenderung membiarkan—bahkan mendukung—kebijakan tuan-tuan mereka meski jelas-jelas dalam rangka membunuh kaum muslim di berbagai negeri Islam, khususnya di Palestin. Sejauh ini mereka hanya pandai mengecam dan mengutuk. Sebahagian lagi diam seribu bahasa. Ini kerana banyak penguasa Arab, termasuk Turki, telah lama menjalin hubungan kerjasama, bahkan hubungan diplomatik dengan Zionis Yahudi, yang sudah dikenali sebagai salah satu alat Amerika di Timur Tengah.
Wajib Membela Sesama Kaum Muslim!
Kaum muslim itu bersaudara. Mereka dipersaudarakan kerana kesamaan akidah. Oleh kerana itu, persaudaraan mereka melampaui batas-batas negara. Allah Swt. berfirman,
إِنَّمَا الْمًؤْمِنُوْنَ إِخْوَةٌ
“Sungguh kaum mukmin itu bersaudara.” (TMQ Al-Hujurat [49]: 10).
Kerana bersaudara, wajar jika mereka saling mencintai. Inilah yang diperintahkan oleh Rasulullah saw.,
لاَ تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا
“Kalian tidak masuk syurga hingga kalian beriman dan belum sempurna keimanan kalian hingga kalian saling mencintai.” (HR Muslim).
Kerana bersaudara pula kaum Muslim tidak boleh saling membiarkan saudaranya terzalimi. Mereka harus saling membela. Rasulullah saw. bersabda,
“Muslim itu saudara bagi muslim lainnya. Ia tidak layak menzalimi dan menyerahkan saudaranya kepada musuh.” (HR Al-Bukhari dan Muslim).
Wujud pembelaan terhadap sesama kaum muslim di antaranya dengan melancarkan jihad manakala saudara mereka atau negeri mereka di mana pun diserang oleh orang-orang atau negara kafir. Contohnya, kaum muslim Palestin yang dijajah Israel, dengan dukungan AS dan negara-negara Barat.
Allah Swt, berfirman:
وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ
“Perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kalian.” (TMQ Al-Baqarah 190).
Serangan atas sebahagian kaum muslim pada hakikatnya merupakan serangan terhadap seluruh kaum muslim di seluruh dunia. Oleh kerana itu, usaha membela kaum muslim di Palestin, misalnya, juga merupakan kewajipan kaum muslim di seluruh dunia.
Allah Swt. berfirman,
وَإِنْ اسْتَنْصُرُوْكُمْ فِي الدِّيْنِ فَعَلَيْكُمْ النَّصْرُ
“Jika mereka meminta pertolongan kepada kalian dalam urusan agama ini, maka kalian wajib menolong mereka.” (TMQ Al-Anfal [8]: 72).
Jihad Amalan Utama
Selain wajib, jihad—termasuk untuk membela sesama kaum muslim di Palestin (juga di mana pun kaum muslim dijajah dan diperangi)—adalah amalan utama. Allah Swt., antara lain, berfirman,
إِنَّ اللهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ
“Sungguh Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka, dengan bayaran syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh.” (TMQ At-Taubah [9]: 111).
Keutamaan amalan jihad pun dinyatakan oleh Rasulullah saw.. Di antaranya sebagaimana sabda beliau,
مَوْقِفٌ سَاعَةً فِي سَبِيل اللهِ خَيْرٌ مِنْ قِيَامِ لَيْلَةِ الْقَدْرِ عِنْدَ الْحَجَرِ الْأَسْوَدْ
“Berjaga-jaga satu jam di medan jihad fi sabilillah adalah lebih baik daripada menghidupkan Lailatulqadar berhampiran Hajar Aswad.” (HR Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi).
Oleh kerana itu, sudah selayaknya kaum muslim, khususnya para tentera mereka, merindukan jihad fi sabilillah. Saat ini, kesempatan untuk meraih keutamaan jihad itu terpampang jelas di depan mata, di Bumi Palestin.
Umat Perlu Khilafah!
Namun sayang, kerana faktor nasionalisme (juga nation-state) sebagaimana yang telah dijelaskan di atas, tidak mudah bagi kaum muslim, khususnya tentera mereka, bahkan di negeri-negeri Arab sekalipun, untuk berjihad di Bumi Palestin. Oleh kerana itu, kaum muslim sedunia sejatinya memerlukan Khilafah yang dipimpin oleh seorang khalifah. Sebabnya jelas, sebagaimana sabda Rasulullah saw.,
إِنَّمَا الإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ
“Imam (Khalifah) itu laksana perisai; kaum Muslim berperang di belakang dia dan dilindungi oleh dirinya.” (HR Muslim).
Apa yang disabdakan Rasulullah saw. di atas dibuktikan dalam sejarah antara lain oleh Khalifah Al-Mu’tashim Billah. Al-Qalqasyandi dalam kitabnya, Ma’âtsir al-Inâfah, menjelaskan salah satu sebab penaklukan Kota Amuriah—kota terpenting bagi imperium Romawi saat itu, selain Konstantinopel—pada 17 Ramadhan 223 H. Diceritakan bahawa penguasa Amuriah yang kafir telah menawan wanita mulia keturunan Fathimah ra. Wanita itu diseksa dan dinistakan hingga berteriak dan menjerit meminta pertolongan.
Menurut Ibn Khalikan dalam Wafiyah al-A’yan, juga Ibn al-Atsir dalam Al-Kâmil fî at-Târîkh, berita penawanan wanita mulia itu sampai ke telinga Khalifah Al-Mu’tashim Billah. Tidak berfikir lama, Khalifah Al-Mu’tashim Billah segera mengerahkan sekaligus memimpin sendiri puluhan ribu pasukan kaum muslim menuju Kota Amuriyah. Terjadilah peperangan sengit. Kota Amuriyah pun berjaya ditaklukkan. Pasukan Romawi berjaya dilumpuhkan. Sekitar 30 ribu tenteranya berhasil dibunuh. Sebanyak 30 ribu lainnya ditawan oleh pasukan kaum Muslim. Khalifah pun berjaya membebaskan wanita mulia tersebut.
Alhasil, sekali lagi, kaum muslim sedunia memang memerlukan seorang khalifah sebagai perisai mereka. Semoga saja umat Islam di seluruh dunia segera memiliki Khilafah, yang dipimpin oleh seorang khalifah pemberani yang menjaga, seperti Khalifah Al-Mu’tashim Billah. Khalifahlah yang akan menakluk Amerika, Eropah, Rusia, China juga Zionis Yahudi/Israel. Khalifah pula yang akan menyatukan berbagai negeri Islam, menjaga kehormatan kaum Muslim dan menolong kaum tertindas di manapun.
Insyaallah, masa yang mulia itu akan segera tiba. Sebabnya, hal itu memang telah di-nubuwwah-kan oleh Rasulullah saw.:
ثُمّ تَكُوْنُ خِلاَفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ
“Kemudian akan datang kembali masa Khilafah yang mengikuti metod kenabian.” (HR Ahmad).
Hanya saja, khabar gembira dari Rasulullah saw. ini tidak cukup disambut dengan sukacita, tetapi perlu diperjuangkan dengan penuh kesungguhan dan pengorbanan oleh seluruh kaum muslim sedunia. Tentu agar Khilafah yang telah Rasulullah saw. janjikan segera mewujud dalam kenyataan. Wallahualam bissawab. []
Sumber: Buletin Kaffah Edisi 316 (12 Rabiulakhir 1445 H/27 Oktober 2023 M)