Di manakah perginya kelompok-kelompok feminis dan pejuang hak asasi wanita ketika ribuan wanita dan anak-anak tak berdosa dibantai, kelaparan dan dibunuh di #Gaza?!!
Di manakah seruan mereka atas pelanggaran hak-hak dan penindasan dahsyat yang dilakukan oleh entiti Zionis terhadap apa yang selama ini mereka serukan dalam CEDAW, Platform Aksi Beijing, dan lain-lain konvensyen yang menentang keganasan terhadap wanita?!!
Tidak kelihatan atau kedengaran sedikit pun suara mereka memperjuangkan para wanita dan kanak-kanak Gaza!
Jelas sekali bahawa inilah wajah sebenar mereka. Hipokrasi perjuangan mereka. Mereka hanya memunculkan wajah mereka yang sebenarnya sekular, kolonial, dan xenofobia itu hanya bila ada kesempatan untuk menyerang Islam dan Syariah!
Ternyata pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan wanita Muslim yang tidak berdaya oleh entiti sekular demokratik yang didukung Barat memang tidak sesuai dengan narasi anti-Islam dan anti-Syariah mereka. Agenda sebenarnya dari pembicaraan mereka tentang hak-hak wanita itu terlihat jelas oleh semua orang! Sikap mereka mereka inilah bukti hipokrasi dan double standard perjuangan mereka selama ini. Kemunculan-kemunculan mereka hanyalah untuk menjauhkan ummat dari syariat, dan meracuni mereka dengan pemikira sekular. Sudah masanya kaum Muslimah meninggalkan perjuangan berasaskan gender yang diserukan mereka.
#ArmiesToAqsa