[Nafsiyah] Memuliakan Israel (Yahudi), atas Dasar Apa?
Mentadabbur al-Quran dapat menghidupkan hati, mengisi ruang pemikiran, dan memberi naratif dan panduan dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mentadabbur al-Quran agar kita tidak tersesat dalam kehidupan. Ini kerana pemikiran yang tersesat adalah lebih serius dan berbahaya daripada tersesat ketika dalam perjalanan.
Saudaraku, keadaan umat Islam di Palestin sekarang amat membimbangkan. Setiap hari, bom dan tembakan menghujani mereka. Tentera Zionis Israel tidak pernah berhenti memerangi umat Islam di Baitulmaqdis.
Mari kita kembali membaca dan memperhatikan firman Allah SWT, “Sesungguhnya kamu akan dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” [TMQ Al Maidah (5): (82)]
Ayat di atas menunjukkan kepada kita bahawa dua golongan manusia ini mempunyai permusuhan yang paling besar terhadap Islam dan umat Islam. Kedua-dua golongan ini jugalah yang cuba membawa kemudaratan yang paling besar kepada Islam. Kebencian mereka terhadap umat Islam begitu kuat. Ia didorong oleh sikap derhaka, dengki, menentang dan menafikan. (Syeikh As-Sa’di).
Yahudi berusaha dengan pelbagai cara untuk merampas kemuliaan Islam. Salah satu usaha mereka ialah menubuhkan sebuah negara yang menjadi wadah kekuasaan. Mereka dengan licik mendakwa tanah Palestin sebagai milik mereka. Mereka mencipta konspirasi dan penindasan terhadap Palestin.

Sesungguhnya Bani Israil adalah kaum yang dilaknat oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman, “Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.” [TMQ Al-Maidah (5): 78]
Orang Yahudi sinonim dengan keburukan dan tindakan mereka yang melampaui batas. Dalam surah lain, Allah SWT melaknat dan mencela orang Yahudi, “Orang-orang Yahudi berkata, ‘Tangan Allah SWT terbelenggu.’ Sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah orang-orang yang dilaknat disebabkan perkataan mereka itu.” [TMQ Al-Maidah (5): (64)]
Memuliakan Israel, Atas Dasar Apa?
Sebagai umat Islam, kita pasti hairan melihat dan membaca ayat-ayat yang mengagungkan Israel (Yahudi) di media sosial, sebaliknya menghina dan memperlekehkan pejuang Islam. Ini dilakukan oleh sebahagian umat Islam.
Ibnu Abbas RA pernah berkata, “Aku pernah melihat Rasulullah SAW sedang duduk dekat Kaabah. Kemudian baginda mendongak ke langit dan tertawa, “Sesungguhnya Allah SWT telah melaknat orang Yahudi. Allah SWT telah mengharamkan lemak, tetapi mereka menjualnya dan memakan hasil jualannya.“Sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkan sesuatu kaum itu memakan sesuatu, maka Allah SWT juga telah mengharamkan memakan hasil jualannya.” [Kitab Sunan Abu Dawud, hlm. 280].
Sesungguhnya, perlakuan Yahudi menyesatkan dan akan memberi kesan kepada keimanan dan segala aspek lain. Orang Yahudi juga suka menumpahkan darah, menghancurkan aturan kehidupan, dan menghina kesucian firmanNya. Tidak kurang dari 43 kali nama Israel juga disebut dalam Al-Quran ketika Allah SWT menerangkan bagaimana orang Israel berubah menjadi kelompok pengkhianat.
Bani Israel juga membuat perjanjian dengan Tuhan berkali-kali, tetapi setiap kali mereka berjanji, mereka selalu mengkhianati janji mereka. Jadi, atas dasar apakah sebahagian umat Islam mengagungkan Israel (Yahudi)? Allah SWT telah melaknat mereka, mengapa sebahagian umat Islam mengagungkanNya? Tindakan mereka mengagungkan Israel (Yahudi) menimbulkan tanda tanya besar terhadap keimanan mereka kepada Allah SWT.
Oleh itu, kita mestilah menjadi orang Islam yang benar dalam berfikir dan berakhlak, tidak mudah bercakap apatah lagi gagal memahami masalah semasa umat yang sedang terjadi. Jangan mudah mengikut sesuatu yang anda tidak tahu kebenarannya. Telusuri dan kajilah terlebih dahulu perkara tersebut sebelum menilai dan melabelkannya. Wallahu’alam bissawab.
Sumber: muslimahnews.id