[Nafsiyah] Teguh di Atas Jalan Kebenaran
Penulis: Ustaz Irfan Abu Naveed
Kebenaran sentiasa berhadapan dengan kebatilan. Keadaan ini memerlukan pembawa kebenaran dari semasa ke semasa untuk tabah menghadapi pelbagai rintangan daripada mereka yang tertipu oleh dunia dan menjadikan kuasa palsu sebagai matlamat hidup.
Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai contoh, menghadapi pelbagai halangan lisan dan fizikal. Penolakan, larangan, stigma, penghinaan, boikot, penyeksaan, dan serangan ilmu hitam. Bagaimana mereka menghadapinya? Mereka tetap istiqamah dalam melaksanakan perintahNya.
وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعٗا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ
“Berpegang teguhlah kalian semuanya pada tali (agama) Allah SWT, dan janganlah kalian bercerai-berai.” [TMQ Ali Imran (3) :103]
Ungkapan hablullah (tali Allah SWT) adalah metafora (al-isti’arah) dari din Allah SWT. Ungkapan ini menguatkan pengaruh dalam pemikiran umat Islam bahawa din Allah SWT adalah sesuatu yang mesti dipegang teguh dan tidak boleh dilepaskan walau seketika. Tali inilah yang membawa manusia keluar dari pelbagai kegelapan menuju cahaya Allah SWT yang satu (lihat [TMQ Ibrahim [14]: 1). Apabila dilepaskan, dia akan jatuh ke dalam jurang kegelapan.
Menariknya, menurut Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili dalam Tafsir Al-Munir (IV/32), salah satu bentuk berpegang teguh kepada din Allah SWT dalam ayat di atas ditunjukkan oleh ayat selanjutnya [TMQ Ali Imran (3): 104], iaitu mendakwahkan din Islam dan melakukan amar makruf nahi mungkar. Keteguhan memperjuangkan kebenaran seperti inilah yang menjadi syarat turunnya pertolongan Allah SWT. Allah SWT pun berjanji meneguhkan kedudukan mereka yang menolong dinNya [TMQ Muhammad (47): 7] dan menganugerahkan mereka Kekhalifahan [TMQ An-Nur (24): 55]
Allah SWT berfirman,
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ ٧
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (din) Allah SWT, pasti Dia akan menolong kalian dan meneguhkan kedudukan kamu.” [TMQ Muhammad (47): 7]
Istimewanya, dalam kalimat ini Allah SWT menisbahkan pertolongan hamba-hambaNya kepada diriNya. Padahal Allah SWT Maha Kuasa atas segala perkara. Allah SWT tidak memerlukan pertolongan makhlukNya. Menurut Abu Ja’far an-Nahhas (w. 338 H) dalam I’rab al-Qur’an (IV/119), ungkapan tersebut merupakan kiasan (majas), iaitu yang disebutkan oleh Allah SWT, namun maksudnya menolong RasulNya, dinNya, syariatNya, dan kelompok pembela dinNya (hizbullah). Hal ini ditegaskan pula oleh Ar-Razi dalam Mafatih al-Ghaib (VIII/42).
Membantu Dinullah dan istiqamah di jalan ini juga adalah wasiat para Nabi dan Rasul. Syeikh Atha’ bin Khalil dalam At-Taysir fi Ushul at-Tafsir (hlm. 163-164) menjelaskan bahawa Nabi Yaakub AS mewasiatkan kepada anak-anaknya supaya mereka sentiasa berpegang teguh dengan agama yang Allah SWT pilih untuk mereka dan supaya mereka sentiasa berada dalam agama ini sehinggalah diwafatkan oleh Allah SWT. Mereka dalam keadaan tunduk dan patuh kepadaNya. Jangan sekali-kali berpaling dari ketaatan kepada Allah SWT. Tunduk dan tegakkan Islam kerana mereka tidak tahu bila ajal akan tiba.
Apakah hasil dari menolong agamaNya? Dijawab dalam kalimat, “Yanshurkum wa yutsabbit aqdamakum (niscaya Allah SWT akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu).” Imam As-Sam’ani menafsirkan makna an-nashr minallah (pertolongan dari Allah SWT), iaitu al-hifzh (pemeliharaan dan perlindungan dari segala kejahatan) dan al-hidayah (petunjuk untuk selalu berada di atas kebenaran). Ini termasuk janji Allah SWT kepada orang-orang yang menolong agamaNya [lihat TMQ Al-Hajj (22): 40].
Ungkapan agung “yutsabbit aqdamakum” (Dia akan menguatkan kakimu) adalah bentuk kiasan (majaz mursal), sedangkan yang dimaksudkan ialah seluruh diri yang Allah SWT kuatkan (ithlaq al-juz’i wa iradat al-kulli). Ini menguatkan perasaan, menggambarkan keteguhan hati, iaitu teguh mempertahankan Islam, serta tabah menghadapi pelbagai cabaran, seperti yang dialami oleh para Nabi dan Rasul SAW.
Berpegang Teguh dengan Sunnah Imamah dalam Islam
Salah satu ajaran Islam, bahkan termasuk syariat Islam (hubungan Islam) yang wajib ditegakkan oleh umat Islam adalah sunnah dalam perkara Al-Imamah (kepimpinan Khilafah). Ini telah digariskan oleh Nabi Muhammad SAW dan Khulafa’ Rasyidin. Ia merupakan ikatan Islam pertama yang terungkai. Abu Umamah al-Bahili RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
لَتُنْقَضَنَّ عُرَى اْلإِسْلاَمِ عُرْوَةً عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَة تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيْهَا، فَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ، وَآخِرُهُنَّ الصَّلاَةُ
“Ikatan-ikatan Islam akan terurai satu per satu. Setiap kali satu ikatan terurai, orang-orang akan bergantung pada ikatan selanjutnya. Yang pertama kali terurai adalah al-hukm (kekuasaan/pemerintahan) dan yang terakhir adalah solat.” [HR Ahmad, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim]
Mengulas hadis ini, ulama, ahli fiqh dan ilmu syariah, Dr Abdul Karim Zaidan dalam Ushul al-Da’wah (hlm. 205) menegaskan, “Yang dimaksudkan dengan al-hukm di sini ialah kuasa yang berjalan di atas landasan Islam.Terkandung di dalamnya secara jelas bahawa kewujudan khalifah yang menegakkan kuasa ini. Yang dimaksudkan dengan naqdhuhu ialah kekosongan dan ketiadaan kekal di dalamnya. Rasulullah SAW telah membandingkan kehilangan institusi kekuasaan ini dengan kehilangan ikatan solat, padahal solat itu wajib. Ini menunjukkan kekuasaan ini wajib hukumnya.”
Pada masa kini, tatkala kaum muslim dihadapkan pada pelbagai syubhat, maka berpegang teguh pada sunnah ini adalah kewajipan. ’Irbadh bin Sariyah RA berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,
عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ
“Hendaklah kalian berdiri di atas sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapatkan petunjuk. Gigitlah oleh kalian hal tersebut dengan gigi geraham yang kuat.” [HR Ahmad, Ibnu Majah, Al-Hakim, dan Al-Baihaqi]
Rasulullah SAW meminjam ungkapan (al-isti’arah at-tamtsiliyyah) ’adhdhu ’alayha bi al-nawajidz (gigitlah dengan gigi geraham yang kuat) untuk menggambarkan konsistensi berpegang teguh pada sunnah, iaitu jalan hidup Rasulullah SAW dan Khulafa’ Ar-Rasyidin [Ibn Rajab al-Hanbali, Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam (II/126].
Lafaz sunnah yang dikaitkan (idhafah) dengan ungkapan al-khulafa’ menunjukkan bahawa sunnah merangkumi kepimpinan politik. Prof. Dr. Abdullah al-Dumaiji dalam Al-Imamah al-‘Uzhma ‘Inda Ahl as-Sunnah wa al-Jama’ah (ms. 51-52) menjelaskan, “Ini adalah sunnah mereka—RA—dalam menegakkan Khilafah. Tidak mengenepikan perlantikan khalifah. Oleh itu, wajib bagi kita mengikuti jalan mereka dalam hal ini berdasarkan perintah Rasulullah SAW.
Apa sebabnya? Umar bin al-Khattab RA menggambarkan,
إِنَّمَا تُنْقَضُ عُرَى اْلإِسْلاَمِ عُرْوَةً عُرْوَةً إِذَا نَشَأَ فِي الْإِسْلاَمِ مَنْ لَمْ يَعْرِفِ الْجَاهِلِيَّةَ
“Sesungguhnya ikatan Islam hanyalah terurai satu per satu jika di dalam Islam tumbuh orang yang tidak mengetahui perkara jahiliah.”
Berapa ramai orang yang terkurung dalam kepercayaan dan fahaman jahil tentang perkara imamah dan siyasah? Oleh itu, umat Islam yang sedar hendaklah tegas dalam mengaitkan semula ikatan Islam walaupun ianya sesukar menggenggam bara api. Anas bin Malik RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,
يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالقَابِضِ عَلَى الجَمْرِ
“Kelak akan datang suatu masa kepada manusia saat orang-orang yang bersabar (berpegang teguh) dengan agamanya di tengah-tengah mereka bagaikan orang yang menggenggam bara api.” [HR At-Tirmidz]
Khatimah
Allah SWT mengajarkan kepada kita untuk berdoa,
رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةًۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ ٨
“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menjadikan hati kami condong pada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau. Sungguh, Engkaulah Maha Pemberi (kurnia).” [TMQ Ali Imran (3): 8]. Wallahu’alam.
Sumber: alwaie[dot]com