[Kenyataan Media] Wahai Tentera Muslim! Tanah Al-Aqsa Menjerit Meminta Kalian Membebaskannya! Bilakah Kalian Akan Menyahutnya?!!
Umat Islam di Gaza terus-menerus diserang sehingga mereka dilenyapkan oleh entiti Yahudi yang biadab. Mereka menghadapi pembunuhan beramai-ramai dan malapetaka kemanusiaan yang belum pernah terjadi sebelumnya. Pengeboman membabi buta ke atas bangunan kediaman, hospital, sekolah, masjid, pasar, dan lokasi awam lain telah menyebarluaskan pembantaian, kematian, dan kehancuran. Pembunuhan beramai-ramai di Hospital Al Ahli Arab mengakibatkan kematian ratusan orang-orang yang kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak.
Menurut pasukan entiti Yahudi, 6000 bom seberat 4000 tan telah dijatuhkan di Gaza dalam masa 6 hari sahaja. Beratus-ratus wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah telah dibunuh beramai-ramai. Selain itu, umat Islam Gaza juga mengalami pengepungan yang kejam, sehingga penduduknya menghadapi kematian akibat kebuluran, dehidrasi, dan penyakit akibat entiti Yahudi pembunuh yang menggunakan makanan, air, ubat-ubatan, dan bahan bakar sebagai senjata.
Sebagai kaum wanita dari umat Islam yang mulia ini, kami menyeru kepada saudara-saudara kami yang ikhlas di antara tentera Muslim! Tanah Al-Aqsa sedang bermandi darah; saudara-saudara kalian, lelaki dan perempuan, anak-anak Kalian dari Tanah Suci Palestin sedang bermandi darah – bilakah kalian hendak bergerak membela dan membebaskan mereka?! Berapa banyak lagi pembantaian dan keganasan terhadap umat kalian yang kalian hendak saksikan sedangkan kalian tahu bahawa Kalian mempunyai kekuatan material untuk mengakhiri realiti buruk mereka?! Adakah gambar-gambar anggota badan bayi yang hangus dan para ibu yang menggendong anak-anak mereka yang bersimbah darah dan tidak bernyawa -dibunuh oleh entiti pengganas Yahudi- tidak membuatkan hati kalian koyak?!
Adakah adegan-adegan pasukan jahat Yahudi yang mengotori Al-Aqsa dan para penjajah Yahudi yang menari di pemakaman umat Islam, termasuk para sahabat di Pemakaman Bab Ar-Rahmah tidak membuatkan darah Kalian mendidih? Adakah pemandangan saudara-saudara Muslimah kalian dibantai dan ditendang oleh tentera Yahudi, juga anak-anak Palestin yang dianiaya dan ditembak mati di jalanan oleh Yahudi laknatullah- tidak mengobarkan tekad dalam diri kalian untuk turut terjun membantu mereka? Berapa banyak lagi keganasan dan kejahatan entiti Yahudi ini yang kalian rela biarkan sebelum kalian bertindak untuk membebaskan tanah yang diberkati ini?
Adakah kalian mengharapkan para lelaki dan wanita yang tidak berdaya di Palestin untuk berdiri melawan pasukan tentera, menghadapi peluru dan bom sendirian dan memenuhi kewajipan Islam yang telah Allah SWT amanahkan pada bahu kalian iaitu untuk membela dan membebaskan umat dari para penindas mereka sedangkan kalian memiliki kereta kebal, pesawat dan peluru untuk menghapuskan entiti penjajah ini untuk selamanya? Bukankah Allah SWT telah berfirman :
[وَإِنِ اسْتَنصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ]
“Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya.” [TMQ Al-Anfaal 8: 72]
Apa yang akan kalian jawab ketika Allah SWT bertanya kepada kalian -Mengapa kamu hanya diam mematung sementara umatmu bersimbah darah, sementara saudara-saudaramu dihina dan tanah Al-Aqsa dinodai?
Wahai Putera-Putera Tentera Muslim yang Ikhlas! Saudara-saudara Kalian, Muslim dan Muslimah Palestin telah diabaikan oleh semua pemerintah di dunia termasuklah rejim-rejim pengkhianat di negara-negara umat Islam tempat kalian berkhidmat, yang telah menormalisasikan hubungan dengan entiti pengganas ini, telah melindungi dan menyokongnya serta telah mengabaikan saudara-saudara kalian di Palestin, umat kalian dan Agama kalian! Kami menyeru kalian untuk melawan rejim-rejim haram ini yang tidak mendatangkan apapun selain kekecewaan dan penghinaan terhadap umat ini dan rejim inilah yang menghalang kalian untuk memenuhi potensi dan tujuan hakiki kalian sebagai pembela kaum Muslimin dan Deenul Islam.
Wahai Putera-Putera Tentera Muslim yang Ikhlas! Kalian adalah pewaris para panglima besar Islam pada masa lalu -Khalid bin Walid (ra), Salahuddin Al-Ayyubi, Muhammad bin Qasim dan Muhammad Al-Fateh. Tidakkah kalian mahu mengikuti jejak warisan mereka yang telah meraih kemenangan gemilang buat umat dan agama ini sekali lagi serta mengembalikannya ke posisi yang bermartabat? Tidakkah kalian menginginkan kehormatan yang begitu besar di dunia dan pahala yang mulia di akhirat kerana menjadi orang-orang yang membebaskan Al-Aqsa dan sekali lagi mengibarkan bendera LAA ILAAHA ILLALLAAH di atas Al-Quds serta menjadikannya sebagai ibu kota negara Khilafah Rasyidah kedua?
Harapan umat ini berada di tangan Kalian. Maka jadilah pahlawan bagi umat dengan mencabut kekuasaan rejim-rejim pengecut dan pengkhianat ini serta berikanlah Nusrah kalian agar tertegaknya Sistem Allah SWT iaitu Khilafah yang berlandaskan jalan kenabian yang akan menggerakkan Kalian tanpa menunda-nunda demi membebaskan Palestin dan seluruh umat Islam yang tertindas di seluruh dunia. Sekaranglah masanya untuk bertindak!
Dr. Nazreen Nawaz
Pengarah Bahagian Muslimah Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir