MEREKA BERSUMPAH TAK AKAN MENINGGALKAN TANAH MEREKA
Mengapa penduduk Palestin, khususnya Gaza, begitu kukuh imannya? Mengapa mereka begitu teguh menjaga tanahnya? Bahkan, berapapun harga yang perlu mereka bayar.
Jawapannya kerana keyakinan mereka kepada janji Allah, dan khabar gembira Rasulullah. Keyakinan mereka kepada agama mereka yang begitu luar biasa. Mereka meyakini, bahawa menjaga Gaza dan Palestin bukanlah seperti menjaga tanah biasa.
Jika mempertahankan tanah biasa saja sampai mati dinyatakan syahid, sebagaimana hadis Nabi
من قتل دون ماله فهو شهيد
“Siapa saja yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka dia mati syahid.”
Maka, mereka bukan hanya bersedia mati membela harta dan tanahnya, tetapi melaksanakan wasiat Nabi. Apalagi, tanah Palestin dan Gaza itu statusnya Tanah Kharajiyah, tanah milik umat Islam seluruh dunia, bukan milik peribadi mereka. Inilah mengapa Nabi berwasiat untuk menjaganya. Kata Nabi,
أوَّلُ هذا الأمرِ نُبوَّةٌ ورحمةٌ، ثمَّ يكونُ خلافةً ورحمةً، ثمَّ يكونُ مُلكًا ورحمةً، ثمَّ يتكادمون عليه تكادُمَ الحُمُرِ، فعليكم بالجِهادِ، وإنَّ أفضلَ جهادِكم الرِّباطُ، وإنَّ أفضلَ رباطِكم عَسْقلانُ
“Permulaan perkara ini adalah kenabian dan rahmat, kemudian menjadi khilafah dan rahmat, kemudian menjadi kerajaan dan rahmat, kemudian mereka saling menggigitnya seperti keledai, maka kamu harus berjihad, dan jihad yang paling baik adalah Al-Ribat, dan yang terbaik darimu adalah Ashkelon.” (Hr At-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, Juz XI/88, no. 11138)
Ribath adalah bertahan hidup di suatu wilayah, dan mempertahankannya dari rampasan musuh. Penduduk Palestin dan Gaza ini melakukan Ribath, titah Nabi. Bahkan, sebaik-baik Ribath.
Mengapa? Kerana Ribath di wilayah Asqolan, Gaza, Palestin. Apa yang dinyatakan oleh Nabi 14 abad yang lalu terbukti di zaman kita. Bahawa wilayah ini akan mengalami pengkhianatan dari para penguasa kaum Muslim, sehingga hanya orang-orang pilihan yang dipilih oleh Allah untuk mempertahankannya.
Subhanallah, itulah yang kita lihat hari ini. Ya Rabb..
###
Ya Rabb tulisan ini, dan tulisan-tulisan lainnya akan menjadi hujah hamba di hadapan-Mu juga Nabi-Mu.
@ KH Hafidz Abdurrahman