YA RABB KAMI TITIPKAN TANAH PARA NABI, TANAH YANG ENGKAU BERKAHI KEPADAMU
Hati bergetar, mata meleleh, dan kemarahan memuncak, tetapi apa daya, tangan tak sampai. Penguasa kaum Muslim seolah diam, tak mampu berbuat apa-apa menghadapi Israel yang kecil itu.
Mengapa mereka semuanya diam? Kerana tangan dan kakinya diikat oleh Nation State. Penguasa mereka juga boneka negara-negara adidaya.
Umat Islam hari ini Engkau beri pelajaran berharga tentang manusia yang mempunyai keimanan luar biasa. Seolah mereka bukan dari kalangan manusia biasa. Mereka adalah penduduk Gaza, Palestin dan Syam.
Pelajaran berikutnya, Engkau tunjukkan bahawa penguasa kaum Muslim hari ini lemah, tidak berdaya. Mereka hanya mampu mengutuk seperti para penunjuk perasaan. Padahal mereka panglima tertinggi, mempunyai pasukan terlatih. Jangankan menghadapi Israel, menghadapi militan di wilayahnya sendiri saja tidak berdaya.
Umat ini memerlukan negara adidaya, yang boleh menjadi perisai. Umat ini tidak boleh berharap kepada PBB, Amerika, China atau Kesatuan Eropah.
Ya Rabb, sampai bila? Kami tidak mempunyai siapa-siapa kecuali Engkau. Saatnya Engkau tunjukkan kekuasaan-Mu, sebagaimana mereka telah menunjukkan kekuasaan mereka terhadap hamba-Mu!
@ KH Hafidz Abdurrahman